Sunday, November 15, 2009

Emm.... sepanjang minggu ni berkisar dengan perkara yang sama di hotel .......... Wifi, Load balance & Handlink Billing system .... Memula Posting system down .. entah kenapa dan apa yang menyebabkannya pun tak tau .. puas lah aku ngan member dok belek Transight Pos system tu ... checking satu-satu dari 4.00 ptg sampai kul 11.00 mlm baru dapat tau rupanya salah satu cable dah tak function ... eiiiiiiiiii tension pun ada.... dan dalam masa yang sama aku dapat detect salah satu punca CCTV tak function di sebabkan certain cable juga yang tak berfungsi lagi .... kerja networking ni adalh sau kerja yang agak mencabar untuk oarng yang macam aku ni .. al maklum lah .. tak da basic langsung tentang IT networking .. aku belajar pun dari bebudak IT yang keluar masuk kerja kat hotel ni jer .. tapi Alhamdulillah aku dapat satu ilmu yang amat berguna untukk aku .. sekarang ni aku memberikan IT service di tempat kerja aku yang lama ... sekurangnya mereka percayakan aku untuk kerja IT. Setakat ni banyak juga masalah networking yang aku dapat handle dan settlekan ... Selain virus yang menyerang hinggakan satu hotel system down dan juga masalah cabling serta IP conflict yg terjadi kat workstation staff ... banyak yg aku belajar selama ni mengenai IT tapi.. bagi aku ianya belum cukup lagi untuk bergelar seorang It proffessional ... setakat IT assistant tu boleh lah ... hehehehehe....

Lepas recabling kat bilik server dan transfer switch port dari security room ke housekeeping bersama dengan supplier yang membuat kerja tu semua .. dapat juga aku belajar serba sedikit tentang cabling pula ...setelah selesai melakukan tagging kat setiap cable yang berada di bilik server ... satu kerja aku dah siap .. tinggal nak upkan billing system untuk Wifi pula ..

12/11 - 14/11/09 -- asyik lah mengerjakan TPlink setting kat back Office .. bila load balance tu dah up .. masalah yang lain plak timbul .. kerana Handlink billing system tak connect dengan TP link Load balancer ... consult dengan Zauti .. satu persatu aku buat .. tapi tak menjadi juga .. aku call plak handlink support tapi masih juga tak menjadi .. kemungkinan besar setting-setting tu semua tak match antara satu sama lain ... kepala bengang juga sebenarnye .. kita tak dapat settelkan masalah tu .. aku seorang yang suka buat satu perkara tu sampai habis dan siap .. tapi bila apa yang kita buat tu tak siap membuat kepala otak serabut dengan perkara yang sama .. terpaksa juga lah aku panggil bantuan dari mr Iqmar ...support Handlink billing system .. kerana kemungkinan setting yang ada sekarang ni dah berterabur .. dan dia terpaksa turun untuk tengok mana yang patut ... dan kau harap perkara ni settle minggu depan . ... Amin

Sunday, November 8, 2009

Membina Ecover menggunakan Photoshop

Apabila anda mendengar perbualan mengenai
product marketing, anda mungkin akan mendengar
perkataan seperti, ecover, photoshop ecover,
action script malah template membuat CD, DVD, Ebook.

Jika anda menjual produk informasi, anda
mungkin memerlukan ecover sebagai satu
cara yang mudah bagi pelanggan menyesuaikan
diri atau yakin terhadap produk anda,
dan meningkatkan jualan.

Sebagai usahawan internet, saya syorkan anda
menggunakan photoshop action script bagi membina ecover.
Photoshop action script amatlah berguna kerana
ia merupakan hasil rakaman kerja designer yang profesional
yang dikumpulkan menjadi satu skrip dan anda boleh
mengggunakan skrip tersebut untuk menghasilkan ecover
hanya dengan beberapa klik sahaja.

Namun terdapat juga beberapa 'ecover generator' lain
yang anda boleh perolehi di pasaran, namun perkara
yang menjadikan action script ecover lebih menarik ialah:

1) Anda menggunakan software yang dipercayai dari
syarikat yang terkenal seperti Adobe. Anda tahu bahawa
software ini cukup stabil dan digunakan oleh
industri rekabentuk design profesional.

2) Siapa yang membina ecover action script ini?
Ia kebanyakkannya terdiri daripada pereka grafik profesional.
Lihat sahaja kerja mereka di web jualan mereka,
nampak profesional bukan?

3) Tidak seperti software lain yang hanya terhad
kesan effects dan optionnya dan sukar menandingi
segala kemahiran, kebebasan, flexibility dan
kuasa penggunaan dari Photoshop dan action scriptnya.

Oleh itu, photoshop action script dengan pantas
menukarkan flat image kepada 3 dimensi ecover
yang kelihatan hampir seperti yang sebenar dalam
hanya masa kurang 5 minit.

Namun berhati-hati kerana kebanyakkan ecover action
script yang berada di pasaran hanya membenarkan
anda membina ecover anda pada hanya resolusi
72 dpi, maka kualiti image jika dibesarkan atau
dikecilkan kebanyakkanya kelihatan pudar.
Seelok-eloknya pilihlah yang mempunyai resolusi 300dpi.

Jika saya menjadi anda, saya akan mengumpulkan
sebanyak-banyaknya photoshop ecover action script ini
dalam pelbagai jenis agar bila-bila saya
memerlukan bentuk-bentuk tertentu, saya hanya gunakan
action script dari koleksi saya.

Oleh yang demikian saya mengajak anda melihat
koleksi ecover baru yang dikeluarkan
oleh salah seorang designer tempatan
iaitu Luvlee di link di bawah ini:

http://eCa.sh/L8YL

Antara keistimewaan EcoverJualan ini ialah:

1.Photoshop ecover yang dihasilkan ialah masih
baru dan hampir kesemua bentuk ini masih belum
di jual di pasaran luar dan dalam. Sangat
bersesuaian bagi menghiasi produk anda.

2.Dibina menggunakan resolusi 300dpi
bagi memastikan kualitinya tidak terganggu.

3.Mempunyai 20 jenis ecover action script iaitu seperti
dari jenis sebuah buku sehingga jenis shopping bag
dan akan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.

4.Ia jauh lebih murah berbanding ecover action script
yang ada di pasaran kerana jika anda lihat di luar
harga pakej action script yang berkualiti tinggi
ialah dalam usd97!

Bukan itu sahaja, Luvlee juga telah menyediakan
bonus terhad di mana jika anda membelinya
sekarang, anda akan:

[+] Memperolehi 12 template ecover versi floral
untuk semua action script
[+] 42 jenis text effects dari koleksi simpanan beliau
[+] 12 header floral bagi memadankan dengan template
[+] Video dan Manual Tutorial
[+] Upgrade dan support percuma seumur hidup

Jadi dengan memiliki action script ini, anda
bukan sahaja menambah koleksi action script
anda, tetapi akan menjimatkan masa anda serta
memberikan anda kebebasan menggunakannya
bila-bila masa yang anda mahu, dalam pelbagai bentuk
terkini dan kelihatan profesional tanpa bantuan
designer pakar lagi kerana anda telah memiliki
rahsia menghasilkan ecover seperti pakar.

Harga bagi ecover ini adalah RM50
iaitu satu harga yang saya rasakan amat murah berbanding
ecover yang terdapat di pasaran luar dimana harga mereka
ialah hampir usd67 hingga usd97!.

Bonus-bonus yang diberi juga adalah terhad kepada
100 orang sahaja. Selepas itu bila-bila masa sahaja beliau
akan menaikkan lagi harga atau menutup tawaran
EcoverJualan selama-lamanya tanpa
amaran atau makluman.

Jadi pastikan anda menjadi pembeli yang terawal!

Klik: http://eCa.sh/L8YL

Friday, October 30, 2009

PENULIS BUKU DI MALAYSIA :: ZAMRI MOHAMAD: Kisah Prof Dr Muhammad Yunus 1

PENULIS BUKU DI MALAYSIA :: ZAMRI MOHAMAD: Kisah Prof Dr Muhammad Yunus 1













Salam semua..

Dah lama tak update blog ni dgn cerita-cerita baru, bukannya apa .. byk kerja yg tertangguh perlu diuruskan .. Al maklumlah sekarang ni dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa .. tapi masih lagi sibuk dengan kerja-kerja freelance yg ku buat ... Alhamdulillah .. walaupun sudah tidak menjadi pekerja sepenuh masa sekarang ni aku mendapat contract untuk mengendalikan server di tempat kerja lamaku .. dalam masa yang sama aku juga masih mengendalikan pengurusan pengiklanan syarikat tersebut .. rezki juga .. walaupun duduk dirumah dapat juga gaji bulanan .. alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikanku rezeki ini. Ini bermaksud aku seorang pekerja contract .. hehehhe .. aku hanya perlu datang ke office hanya pada masa-masa yg diperlukan sahaja .. pada masa yang lain .. aku hanya membuat kerja dari rumah ..

Nampak seperti mudah .. tetapi byk kerja yang perlu aku buat bila dirumah ... dah tentu menjadi tukang kemas & tukang masak sepenuh masa ... hantar & mengambil anak-anakku dari sekolah ... mengasuh anakku yang ketiga .. dan bila diperlukan aku akan ke office bersama dengan asisstant cilikku Najwa .. pabila petang pula pengasuh kepada 3 orang puteriku yang memangnya aktif bila dirumah .. Jika ada kerja yg memerlukan aku untuk datang ke office pada waktu malam .. aku akan ke office & akan pulang pada tengah malam, nasib baik waktu malam suamiku ada dirumah untuk menjaga mereka .. sebab itulah waktu aku boleh ke pejabat hanyalah waktu pagi kerana aku hanya perlu bawa Najwa sahaja & juga bila waktu malam, bila suami aku ada dirumah ... Fuh!! betul-betul cabaran seorang suri rumah yang bekerja sambilan ... hehehhe .. Tetapi sekurang-kurangnya aku dapat meluangkan lebih masa kepada anak-anakku yang sedang meningkat naik ... banyak perhatian yg mereka perlukan ... tetapi Najwa menjadi seorang kanak-kanak yang manja bila dilihatnya mama sentiasa ada disisi nya.. Itu yang menjadikanku agak rimas dengan sikapnya .. aku sedang mencuba untuk mengajarnya supaya lebih berdikari walaupun aku sentiasa ada dirumah ...




Monday, September 28, 2009

Broadband wireless vs Streamyx line.

Salam Lebaran & Maaf Zahir Batin untuk Semua pembaca.

Memang setiap connection ada pro & kontra nyer .. kalau anda adalah pengguna internet dirumah tanpa ada urusan luar yg banyak mungkin streamyx line memang yang paling bagus .. saya antara pengguna broadband Cemcom yg pertama semenjak dia diperkenalkan. Setakat ni alhamdulilah tak da berdepan dengan banyak masalah kalau ditempat anda ada 3G connection ataupun GPRS. Cuma 3G akan lebih laju GPRS pula perlu menunggu lebih lama dari biasa ..

Biasa saya akan gunakan 3G connection only. ataupun jika tiada line 3G saya akan gunakan GPRS only saya tak menngunakan 3G atau GPRS preferred, kerana ia lambat. 3G or GPRS only Ianya akan hanya stick kepada 1 connection sahaja.

Sebelum saya menggunakan perkhidmatan streamyx dirumah. Saya memang pengguna broadband yg kerap kerana ada masa saya perlu keluar office dan masih perlu membuka & menjawab email yg penting dan juga perlu untuk menghantar artwork untuk supplier. Memang agak lambat untuk certain time, tapi masih boleh buka & reply email serta masih boleh buka dan download file di internet. Jika kurang liputan 3G saya akan gunakan GPRS dan ianya memang berfungsi. Saya suka gunakan broadband kerana boleh buka dimana-mana tempat saya berada.. walaupun dirumah sedara-mara atau pulang ke kampung tanpa perlu keluar cari connection lain, kecuali kalau tak boleh berhubung dgn internet dan memerlukannya segera saya akan ke tempat-tempat yg ada hubungan internet.

Untuk line streamyx memang setakat ini connectionnya memang the best .. kurang masalah line drop & masalah speed. tapi ianya sesuai untuk kegunaan dirumah.

Apa-apa pun 2-2 connection pun pada saya ada kebaikan & kelemahannya. Hanya kita kena mensesuaikan diri dgn kedua-dua hubungan tersebut. Ini adalah pengalaman saya sendiri.. terpulang lah kepada masing-masing nak gunakan hubungan internet yg mana .. Sekian

Friday, September 11, 2009

Ramadhan Special di Everly Resort Hotel Malacca









































































'MACAM-MACAM ADA' DI STRAITS VIEW CAFE.

Ramadhan tahun ini SVC memperkenalkan new tagline.. "Macam-macam ada' untuk Ramadhan Buffet Berbuka di Everly Resort Hotel Malacca. Pelanggan dapat menikmati pelbagai sajian masakan tempatan dan juga barat sebagai juadah berbuka puasa serta rasai kelazatan serta kenikmatan juga perkhidmatan yang sentiasa diberi keutamaan di sini. Berkonsepkan "stall style - international buffet menu' Ramadhan Special ini berlanjutan hingga 19hb September 2009. Straits View Cafe memberikan pilihan lebih 100 jenis menu istimewa disajikan setiap hari.

Menariknya, SVC menawarkan sajian yang jarang ditemui dibuffet berbuka yang biasa di hotel-hotel lain seperti pelbagai jenis kuih-muih & pastry, ulam-ulaman & halwa pembuka selera, lauk-pauk ala kampung, nasi lemak panas berlauk rendang, sushi, aneka bubur seperti pengat pisang, pulut hitam, bubur kacang merah, & bubur lambuk serta bubur nasi dengan pelbagai tambahan seperti ikan bilis, ikan masin dan banyak lagi. Selain itu juga SVC menyediakan pelbagai jenis buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.

Pendek kata "Macam-macam ada" memberikan begitu banyak pilihan untuk berbuka dengan kadar harga RM 40++ untuk dewasa & RM 20 ++ untuk kanak-kanak & warga emas.

Disamping itu juga.. sambil menikmati juadah berbuka puasa kita juga dihiburkan dengan alunan gemersik petikan gambus persembahan Ghazal yang menemani sepanjang waktu berbuka disepanjang bulan Ramadhan ini.

Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi: 06-315 3888 samb:4811 atau hubungi En Khosin 017-6026726 & Chef Romzi 012 4803844.

Friday, September 4, 2009

Pensijilan Halal - Pengusaha produk makanan & barangan utk keguaan orang Islam & premis makanan dan rumah sembelihan di negeri Melaka


Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal kepada pengusaha produk makanan dan barangan untuk kegunaan orang Islam, premis makanan dan rumah sembelihan di negeri Melaka.


Pengeluaran Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini adalah tertakluk kepada kepatuhan terhadap Garis Panduan Makanan, Minuman dan Barang Gunaan Orang Islam, Garis Panduan Penyembelihan dan Stunning Menurut Islam dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Kategori Pengesahan Halal dan senarai Pemegang Pengesahan Halal yang diberikan ialah:

  • Produk Makanan dan Barangan Gunaan Islam : 70
  • Premis Makanan dan Minuman : 25
  • Rumah Sembelihan : 2

Berikut adalah senarai premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Negeri Melaka:

1. Melaka Watercity Resort
2. GC Café
3. Syarikat Dusun Tropika Sdn. Bhd.
4. Restoren Selera Idaman Rasa
5. Southern Fried Chicken
6. Naza Hotel Melaka
7. The Legacy Hotel Melaka
8. The Emperor Hotel Malacca
9. A’famosa Golf Resort Berhad
10. Hotel Seri Malaysia Melaka
11. Hotel Ancasa MITC
12. Restoren Chicken King
13. Mahkota Medical Centre Sdn. Bhd.
14. Indori Restaurant Sdn. Bhd.
15. Stor Tawakal Sdn. Bhd.
16. AMZ Resort (Melaka) Sdn. Bhd.
17. Famosa Chicken Rice Ball
18. Straits Meridian Hotel
19. Hotel Orkid Melaka
20. Hotel Sri Costa Sdn. Bhd.
21. Lee Yoon Pin GS Love Café
22. Renaissance Melaka Hotel
23. Puteri Resort Ayer Keroh
24. Hotel Equatorial
25. Premier Café
26. Star Harvest Catering
27. Everly Resort Hotel Melaka
28. Gerai Makan Claypot
29. The Windmill Station
30. IIUM Resort Sdn. Bhd.
31. The Semabok Inn Sdn. Bhd.
32. Mahkota Hotel Melaka
33. Octo Jet Sdn. Bhd.
34. Bayview Hotel Melaka
35. D’subha Multi Industries (M) Sdn. Bhd.
36. Geetham Digital Sounds Sdn. Bhd.
37. Nasi Ayam CT
38. Hotel Grand Conyinental
39. Hotel Puri Melaka
40. Restoren Nasi Ayam Bebola
41. Ismail Food Enterprise
42. Jendela Nusantara Sdn. Bhd.
43. Selera Ayer Keroh
44. US Pizza (Malacca) Sdn. Bhd.

Sila layari laman web rasmi Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pensijilan Halal.

Thursday, September 3, 2009

KEBERSIHAN DI DAPUR by TryMasak

Kebersihan harus diberi perhatian kepada tempat penyediaan masakan dan paling penting, kepada tukang masak. Basuh tangan dengan air suam dan sabun selama 20 saat, sebelum menyediakan makanan dan selepas menyentuh daging mentah. Rambut dalam keadaan kemas, samada diikat atau ditutup. Pastikan sebarang luka di tangan tidak dibiar terbuka. Jika terdapat luka yang boleh berjangkit, jangan teruskan memasak.

Kawasan memasak mestilah bersih dan kemas. Basuh permukaan kawasan memasak dengan campuran 1 sudu besar peluntur klorin dan 1 liter air, atau menggunakan produk pencuci dapur. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria.

Selain itu, tuala dapur dan span juga harus dipastikan bersih. Apabila basah, ia akan membiak bakteria. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu dengan air panas.

Sementara itu, sekali-sekala sink harus dibersihkan dengan campuran 5ml peluntur dan 1liter air, atau produk pencuci dapur. Sisa makanan yang terperangkap di dalam saluran sink beserta keadaan yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Gunakan papan pemotong yang diperbuat dari kayu keras atau plastik, dan tidak mempunyai retak. Elakkan papan pemotong yang diperbuat dari bahan lembut. Basuh papan pemotong dengan air panas, sabun, dan berus skrub. Bersihkan lagi menggunakan campuran peluntur dan air tadi. Papan pemotong harus dibersihkan dengan rapi selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam, dan juga sebelum digunakan untuk makanan yang sedia untuk dimakan. Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah, dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.

Basuh permukaan tin makanan sebelum dibuka untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam makanan. Bersihkan bilah pembuka tin selepas setiap penggunaan. Mesin pengisar harus dibuka dan dibersihkan sejurus selepas digunakan.

Jangan letakkan daging yang telah dimasak di atas pinggan yang belum dibasuh, atau bekas yang diletak daging mentah.

Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sekata dengan air suam. Jangan gunakan sabun atau pencuci. Adalah lebih baik menggunakan skrub kecil untuk menanggalkan kotoran di permukaan.


Rujukan:
http://www.cfsan.fda.gov/~dms/qa-topfd.html
http://www.homewerkssa.com

Wednesday, September 2, 2009

H1N1 - Wabak ini semakin rakus! Adakah anda sudah bersedia menangani & mencegahnya?



Salam hormat dan salam sejahtera,

Kami harap anda dapat membaca informasi dibawah.
Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda.

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=salwahamzah

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita,
Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat
membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini
tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya
atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Dalam hal ini, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini.
Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana
yang menekan ini. Kami amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianya
berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, kami juga telah mengambil
langkah pencegahan yang sepatutnya.

Kami tahu, pada masa ini ramai yang ingin menghulurkan bantuan.
Tetapi, masalahnya vaksin bagi virus masih belum ditemui. Dan ianya
dijangka pada penghujung Oktober ini. Kami harap ramai yang masih mampu
bertahan pada masa ini. Disini juga kami ingin memberikan sebuah laporan
percuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda.
Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini. Inilah yang mampu
kami bantu buat masa ini dengan menyediakan informasi yang diperlukan orang ramai.

Anda boleh dapatkan disini:

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=salwahamzah

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=salwahamzah

(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Jika [anda juga merasakan informasi ini berguna,
sila edarkan kepada rakan-rakan anda
Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti.

Semoga bermanfaat...!

Bersama kita mencegah H1N1 ini...

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=salwahamzah


ikhlas

Salwa Hamzah
http://www.salwahamzah.blogspot.com
http://www.salwahamzah.com
http://jiwa2u-reality.blogspot.com

Saturday, August 29, 2009



Assalamualaikum....

Salam Ramadhan Almubarak dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih mampu mendirikan ibadah puasa sehingga hari ini tanpa sebarang masalah. Syukur...

Sudahkah anda memiliki kad-kad ucapan raya untuk dikirimkan kepada rakan taulan, sanak saudara dan tak lupa juga, orang2 tersayang?

Mungkin anda malas nak ke kedai beli semua tu. Yelah, sekarang orang hantar SMS dan MMS jer..saya pun tahu, Ucapan Raya zaman sekarang ni tak sama dengan dulu.

Kalau begitu saya ingin perkenalkan Kad Raya Digital yang dihasilkan oleh Team Kreatif kepada anda! Kualiti dan kepuasan anda dijamin!

Ada lebih dari 100 kad raya digital yang dipakejkan dan dijual dengan harga yang tersangatlah murahnya. Namun harga yang ditawarkan terhad untuk beberapa hari sahaja lagi!

http://www.kadraya.kedaikreatif.com/index.php?ref=salwahamzah

Kad Raya Digital dari Team Kreatif berlainan dari kad raya yang pernah anda tengok. Kad raya digital mereka semuanya dalam bentuk kartun yang comel dan kelakar.

Ia dilukis oleh 6 orang pelukis berbeza dan 4 orang designer menghasilkan rekabentuk grafik yang cantik. Ada 3 saiz semuanya. Saiz yang diberikan khas untuk dihantar menggunakan handphone, email dan tak lupa juga untuk print dan dihantar melalui pos!

http://www.kadraya.kedaikreatif.com/index.php?ref=salwahamzah

Bayangkan, ada 100 lebih design yang berbeza! Memang tak menang tangan untuk memilihnya! Syukurlah Team Kreatif sanggup jual dengan harga yang begitu murah. Tapi harga itu untuk masa yang terhad! Jangan terlepas peluang!

Milikinya sekarang!

http://www.kadraya.kedaikreatif.com/index.php?ref=salwahamzah


Baik, semoga anda mendapat manfaat dari email yang saya kirimkan ini. Saya tidak akan berkongsi perkara yang saya sendiri tidak suka! Tapi Kad Raya Digital dari Team Kreatif ini memang Eksklusif!

Sekian saja..

http://www.kadraya.kedaikreatif.com/index.php?ref=salwahamzah

Thursday, August 27, 2009

Panggilan Interview dari SPP

14hb August 2009 - Jumaat.
Aku pergi ke Pejabat Pos laju di Bacang Malim Melaka .. aku ingin mengambil dokumen yg tak dapat dihantar dirumah ku kerana waktu bekerja .. aku terfikir-fikir juga, siapa yang mengirimkannya.. kerana aku tiada menuggu apa-apa bungkusan atau dokumen yg dipesan ... bila pegawai yg bertugas menyerahkan saja dokumen tersebut .. aku terpaku seketika .. kerana aku dapat panggilan temuduga dari SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan .. panggilan temuduga utuk jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41. Tak sempat sampai rumah aku dah call hubby .. beritau terus atas kegembiraanku mendapat panggilan temuduga tersebut .. lepas aku call plak Effa .. tanya apa yang patut .. kerana setahu aku DH41 ini antara Politeknik ataupun Kolej Komuniti... jadi tanyalah apa yang mungkin ditanya.. begitu juga aku call kawan aku Suzey yang baru dapat kerja kat Politeknik .. tapi mereka bagitau pun.. panel penemuduga tersebut banyak bertanyakan soalan yg lebih kepada latar belakang bidang yang dipohon ataupun latar belakang yang ditemuduga ....

26hb August 2009 - Rabu.
Hari ini aku ada temuduga di Putrajaya .. selepas sahur aku terus bersiap untuk perjalanan ke Putrajaya bersama dengan suami ku.. anak-anak aku hantar awal ke rumah penjaga .. alhamdulillah perjalanan ke Putrajaya berjalan lancar dan aku sampai di Kompleks JPM lebih kurang pukul 8.00pg. Aku daftarkan diri di pos masuk dan terus menuju ke bilik temuduga .. sampai sahaja.. aku terus mendaftar dikaunter .. dan mendapat no 2003 iaitu peserta yang ketiga untuk Bilik 6... Pagi tu ku lihat tak ramai yang hadir ... mungkin ada yang dapat sesi tengahari & juga petang ... selepas no ku dipanggil ke bilik 6. Aku dengan tenang meletakkan file-file ku di atas meja penemuduga... .Setelah itu .. mereka meminta aku mencerita kan tentang diriku lah apa lagi ... aku un mula lah bercerita tentang diriku dan pengalaman ku yang pernah mengajar di Sekolah Menengah dan juga pengalaman ku ditempat sekarang ... Banyak soalan yang ditanya kan mengenai bagaimana untuk mengajar .. apa sifat-sifat yang perlu untuk mengajar dan perkara yang berkaitan dengan kepimpinan .. Dan juga kenapa aku mohon jawatan ini. Hahahaha .. aku jawab apa yang terlintas dikepalaku berdasarkan pengalaman ku mengajar dan juga bekerja .... Setelah selesai.. Yang aku harapkan hanyalah kuasa Allah semoga membuka hati penemuduga tersebut untuk menerima permohononku ini.. kerana ku telah berusaha untuk menjawab segala soalan yang ditujukan kepadaku sebaik-baiknya & hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berlaku selepas ini dan kuharapkan sesiapa juga yang membaca ceritaku ini akan mendoakanku semoga berjaya dapat jawatan ini .. Insya Allah.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA

Selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat .. semoga ramadhan tahun ini akan memberikan lebih rahmat & rezeki kepada kita semua dan juga dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih keinsafan & kesyukuran.. insya Allah...

Tahun ini Ramadhan yg tiba dan Syawal yg bakal menjelang ini lebih memberikan penuh makna kepada kami sekeluarga .. maklumlah akhirnya aku & family dapat juga menduduki rumah yang kami beli ... Alhamdulillah syukur ke hadart ilahi ... dan setelah berhempas pulas juga sambutan ramadhan tahun ni aku dapat membeli kereta yang baru ... tapi aku dan suamii tetap simpan kereta kancil yg sedia ada .. ini dapat memudahkan juga perjalananku & suami ke tempat kerja jika hari hujan atau pun jika aku perlu pulang lewat dari tempat kerja ... Ku lihat kegembiraan di wajah anak-anak ku kerana tahun ni juga begitu meriah buat mereka ... Si Balqis & Aunie setakat ni berpuasa penuh dari awal bulan ramadhan hari tu ... ku & suami juga tak sangka Aunie akan berpuasa tahun ni maklum lah baru 5 tahun .. tapi walaubagaimana pun aku & suami bangga juga kerana mereka tahan untuk berpuasa....

Puasa kali ni kami sambut di rumah baru .. petang Sabtu itu baru kami pulang ke kampung di Kluang .. heehehhee sampai di rumah ayah di Kampung Melayu .. memula dia tak sangka yg samai adalah kami, kerana kami memnag tak bagitau ayah, yang kami dah beli kereta baru .. tekejut ayah bila melihat kami yg keluar dari kereta... adik Farid juga masa kami ambil di stesen keretapi juga tak sangka yg menunggu di depan dia adalah kami ... jadinya petang itu ... kami semua diluar berborak tentang kereta yang kami baru beli sampai lah waktu berbuka ... Malam tu Aunie mengadu sakit perut ... tapi tak da yg membimbangkan sangat kerana masa buka puasa tu c Aunie memang tak nak makan .. so.. masa bangun sahur tu aku paksa dia makan supaya perutnya tak sakit .. kerana perut kosong .. ku sangkakan dia tak akan berpuasa pada hari kedua itu .. tapi Aunie dapat puasa penuh juga hari tu walaupun dalam keadaan yg tak berapa sihat .. Balqis kalah dengan Si Aunie .. kalau Balqis baru demam sikit pun dah tak nak makan walaupun kena paksa ... Mungkin juga Aunie sudah bersekolah .. bila sentiasa diingatkan tetang ibadah puasa .. tentang kelebihan bila berpuasa .. duit raya . baju raya... dia pun excited untuk menjalani ibadah puasa ... syukur alhamdulillah.. Semoga anak-anakku akan menjadi anak solehah dan berjaya menjadi seorang insan yg cemerlang hari ini esok dan selamanya.. Insya Allah.

Saturday, August 22, 2009

PERSONA ~ 21 Aug 2009 - my 1st car....










Persona Jiwa - itu yang aku namakan untuk keretaku yg pertama ... terasa satu kepuasan & kegembiraan ... bukan kerana aku baru dapat kereta .. tapi kerana aku dapat bukti kan satu kejayaan ... dengan JIWA Reality akan ku bukti lebih lagi kejayaan yang akan datang ... Insya Allah.

Wednesday, August 19, 2009

Rumah Baru ...

15 Aug 2009 - Alhamdulillah .. akhir impian kami untuk berpindah ke rumah baru tercapai jua akhirnya .. bertangguh dari seminggu ke seminggu akhirnya minggu ni tertunai juga ... Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hatiku dan suami bila dapat duduk rumah hasil titik peluh kami sendiri ... kuberdoa semoga dengan melangkah kerumah baru ini akan bermula satu langkah baru menuju ke arah yg lebih membahagiakan dan ke arah kejayaan kami sekeluarga ... insya allah ...

Demam ..

bermula dari hari jumaat anak ku yg sulung dah demam ... tetiba suhu badan nyer petang tu naik mendadak .. balik kerja terus hantar ke klinik ... dapatkan rawatan segera .. musim H1N1 ni .. amat membimbangkan ... terutama kanak-kanak ... alhamdulillah ianya cuma demam biasa ... hari isnin pula ... dari pagi ku ditempat kerja batuk-batuk .. rakan sekerja ada yg dah mula hint-hint ... mereka pun berwaspada takut berjangkit ... aku ingatkan cuma .. batuk-batuk biasa jer .. sampai ke petang .. badan ku mula terasa seram sejuk dan menggigil ... apa lagi .. terus ambil medical chit di personal .. then terus ke klinik .. sah temp badan naik dan demam .. doctor terus bg MC .. dalam pada aku MC keesokkan harinya .. anakku yg sulung (BalQis) masih tak berapa baik demam .. still batuk2 dan tak selera nak makan .. malam tu pula anak ku yg ketiga (Najwa) demam .. badannya panas mulalah meragam sepanjang malam .. dan membuatkan ku juga tak berapa lena nak tidur .. budak kecil baru setahun lebih lagilah merengek ... badannyer panas .. ku bangun mandikannya di subuh hari untuk menghilangkan suhu panas badannya ... pagi tu jawabnya aku tak bekerja lah .. menjaga anak-anakku yg demam ... nak hantar pengasuh pun kesian .. pasal mereka pun ada anak kecil yang harus dilindungi .. pagi tu aku ke klinik kesihatan kerajaan pula .. aku & anak ku yg sulung dah kurang demamnya .. tapi anakku yg ketiga suhu badannya tinggi .. hingga terpaksa ambil darah ..dalam menguruskan anakku yg ketiga ... anakku yang kedua (Aunie) pula mula terasa pening kepala .. dan kepalanya mula panas (masa dirumah tak da menunjukkan tanda2 demam.. dan dia cukup aktif)... bila diambil suhu badannya .. memang menunjukkan suhu yang tinggi .. dah satu hariku di klinik kesihatan menguruskan anak-anakku ... jadinya cukup kami berempat demam .. ku harapkan agar suamiku tak lah juga demam ... jawabnya memang esok aku mengambil cuti lagi untuk menjaga anak-anakku yg demam. Dan ku harapkan semoga bos-bos aku dapat memahami situasiku ketika ini .. insya allah.

Tuesday, August 11, 2009

Erti kebebasan

10 Aug 2009 ... I decide for big thing.. hopefully I survive for that thing & success... Insya Allah...

Thursday, August 6, 2009

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://thefourweekstofreedom.com/?aff_id=4874 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/trendymoney

Friday, July 31, 2009

Jutawan Segera di Kota Jakarta ... :D







Jakarta 26 - 29 Juni 2009


Our 1st honeymoon after 7th years at least .. :)
Sweet Memory in 2009.

Emm .. sebenar 1st time bercuti tanpa anak-anak ... pasal waktu sekolah & lagi satu trip dengan rakan-rakan kerja hubby... Paling tidak pun dapat gak bercuti berdua .. ni percutian pertama kami berdua setelah mendirikan rumahtangga selama 7 tahun. Al maklum lah masa diawal perkahwinan kami .. aku pun masa tu dalam final year kat UiTM, then tak lama tu dah mengandungkan anak sulungku Nurul Balqis... terpaksalah tunda .. tunda punya tunda tak sedar dah tujuh tahun kami melayari bahtera bersama. Berbalik cerita Jakarta ... mlm sebelum berangakat tuh balik kampung hantar Balqis & Aunie rumah ayah mertuaku .. then mlm tu juga balik Melaka semula .. pagi sebelum tu pergi office dulu selesaikan apa yang patut walaupun sepatutnya dah bercuti ... lebih kurang jam 10 lebih baru siap berkemas dan hantar pula anak ku yang kecil si Najwa ke rumah pengasuh ku... huhuhuhu sedihnye nak tinggalkan Najwa .. tak pernah lagi nak berpisah dgn dia.. Najwa cam biasa je .. lagipun mesti dia ingat kau nak pergi bekerja.. tangan melambai tapi hati diruntun perasaan .. bergenang juga airmata melihat tangan si Najwa melambai girang ke arahku.... Kami menaiki bas dari IKBN ke LCCT .. tapi jadual penerbangan kami malam jam 8:40mlm.. Ya Allah .. bayangkan lah berapa lama kami harus menunggu ... dari jam 2 ptg sampai jam 8.00 macam-macam aktiviti gak yg aku & hubby & kawan-kawannye buat .. makan lah melepaklah berborak ... bergambar tak habis-habis menyakat satu sama lain dan byk lagi .. sampai nak tunggu kat boarding area pun sempat lagi beli makanan untuk dimakan.. bukan tu saja dalam flight pun member sorang ni sempat lagi makan mee segera ... sabar jelah .. ingatan nak juga try nasi lemak .. dah la bau satu flight .. sampai je kat kitorang nasi lemak dah habis .. sadis sungguh ... emm ..................................to be continue .....

Wednesday, July 29, 2009

KEK COKLAT MAKWA

Bahan-Bahan
9 oz tepung Gandum
3 oz Serbuk koko ( Van Houton Cocoa Powder )
12 oz Gula Perang (Brown Sugar)
1 sudu tea Baking Powder
1 1/2 buku Butter
8 nos Telor

Add-in ( ikut suka nak letak boleh tak letak pun tak pe)
Coklat rice or coklat chip
Coklat masak ( dicairkan ) untuk menambah kecoklatan

Cara membuat

Ayakkan tepung gandum + serbuk koko + baking powder bersama (campur sekali).
Butter & Gula perang pukul hingga rata dan sebati. Telor dipukul hingga rata dan kembang.
Kemudian masuk kan telor sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter & gula dan gaul hingga rata dan sebati.
setelah sebati masukkan tepung yang telah diayak bersama tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan sebati.
Dan masukkan coklat rice atau coklat cip atau coklat masak jika suka. Sapu loyang dgn mentega atau tepung
& masukkan adunan ke dalam loyang (separuh loyang )

Setelah itu panaskan Oven 180 C dan masukkan loyang adunan kek coklat tadi dan bakar selama 45 min atau hingga masak.
Selepas masak tunggu sejuk dan keluarkan dari loyang, boleh dihiaskan ikut suka anda.


Bahan Topping Coklat
Susu coklat (1/2 kotak)
Coklat Masak & serbuk koko ( anggaran hinga pekat)
1 sudu butter
Susu krimer manis. ( secukupnya)

Cara membuat
Susu coklat masukkkan ke dalam periuk dan panas kan. Masukkan butter & coklat masak, gaul sebati dan
masukkan serbuk koko hingga agak pekat.. Kemudian masukkan susu krimer ikut rasa dan manis .
Bila sudah pekat boleh angkat. Tunggu topping agak suam, tuang dan rata kan di atas kek coklat tadi yg telah
diletakkan diatas tempat kek. diatas tempat kek. Dan Hias Ikut Creativiti anda samada
taburkan coklat rice atau hanya letak kan buah-buahan atau hiaskan dgn krim coklat ikut suka anda. Sekian

Selamat Mencuba.

Friday, July 10, 2009

DUIT PERCUMA

DUIT PERCUMA hanya download ebook percuma & anda akan dapat RM3.50 mudah bukan... hanya ikut langkah demi langkah

Dan sekarang saya akan dedahkan kepada anda
satu lagi program affiliate yang memberi komisyen
sebanyak RM3.50.. Wah!! byk tu.. malah penganjur
tersebut bagi ebook percuma lagi berkaitan dengan
pernigaan internet.

Tapi, sebelum nak menyertai affiliate dan ebook ini
anda perlu daftarkan diri disini:
http://tinyurl.com/lkjee9

Langkah-langkah untuk menyertai Affiliate ini :

1 pergi ke laman web ini
http://tinyurl.com/lkjee9

2. Isi nama dan email

3. Klik link pengesahan di email

4 . Selepas klik link pengesahan di email anda
akan dibawa ke page download ebook percuma yang diberkan.

Di dalam bahagian page download itu juga ada link untuk
daftar affiliate pada bahagian bawah.


Sertai Sekarang disini :
http://tinyurl.com/lkjee9

Tuesday, July 7, 2009

Al-Fatihah untuk Tok Niah yang kembali ke rahmatullah pada 6/7/09 bersamaan 13 Rejab 1430

Isnin 6 July 2009. Lebih kurang jam 6.20pg hubby dapat panggilan telefon dari ayah mertuaku.. menyatakan atok niah baru meninggal dunia subuh itu... aku & suami terkejut mendengar perkhabaran sedih itu .. dan tanpa disedari .. hubby menitiskn air mata .. kerana hanya itu juga lah nenek yang tinggal dalam keluarga suamiku... tanpa berlengah kami bersiap untuk selesasikan urusan yang tertangguh untuk hari itu.. maklumlah hari isnin .. byk yang perlu diselesaikan ditempat kerja masing2. Selepas aku selesai urusan dipejabat, aku terus pulang ambil anak-anak ku dan bersiap untuk pulang ke Johor.. sementara menunggu hubby balik .. ku siapkan perkakasan anak2... Perjalanan berjalan lancar .. adik iparku yang tinggal di Penang pun pulang ke kampung kerana masa Atuk Kin meninggal tahun lepas dia tidak dapat balik waktu itu... Sampai dikampung aku & hubby tak sempat untuk melihat atuk niah buat kali terakhir.. cuma kami dapat singgah di kubur Atuk Niah untuk sedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur sekejap... selepas itu kami terus ke rumah Mak Enon(adik arwah mak hubby) di Parit Sonto. Malam itu seperti biasa diadakan majlis bacaan Yassin & tahlil untuk arwah dan Mak Enon akan mengadakannya selama 7 malam berturut-turut. Selepas selesai semua majlis kami pun pulang semula ke Melaka... Alhamdulillah perjalanan hari ni berjalan lancar dan kami sampai di rumah lebih kurang jam 12.30mlm.

Sunday, July 5, 2009

La Caffe Macinato


New outlet at my work place. Before this the outlet was Panorama Lounge, selling bread & pastry, also cake of the month, some local dishes like nasi lemak, mee sup & etc. But now, their change to coffee shop, exclusive cafe name La Caffe Macinato. Savour some excellent quality coffee with exquisite flavour & aroma. Open daily from 10am till 11pm. La Caffe Macinato still selling bread & pastry, have a new product Hagen Daz Ice cream. La Caffe also sell espresso, coffee, tea, smooties & ice blended.

Saturday, July 4, 2009

uih .. byknyer keje .... emm nampaknya extend lagi my last date until sept 09. maksudnya kalau ada rezki dapat GNO untuk next quater . hehehehe.... cuti pun tak macam cuti kan .. before cuti hari tu ada last minute project ... La Caffe Macinato ...
New coffe shop at my work place. new image & new outlet .. tapi rasa berbaloi bila dapat siap keje tuh before pergi bercuti .... huhuhuu ... tapi tu lah rushing .. harap semua dapat berjalan lancar.

Tuesday, June 23, 2009

emm banyak yang berlaku 2-3 hari ni ... banyak keje ... banyak research ... banyak .. & banyak .. lagi .. Well my case settle already .. I can go in peace full last august 2009. but i must settle my pending job in 2 month ... huhuhu ...

Wednesday, June 17, 2009

17th June 2009 - Wednesday

today I learn a new thing about make money from internet ... how to publish & get a more traffic to your blog or more clicks to your link & more.... a bit busy at office .. but still have a time for breakfast & lunch hehehe .. but not sure for dinner .. huhuhuhu ... I think I better skip my dinner today .. because until now still full with Chicken Rice ... emmm hopefully today, tomorrow & the next day become a beautiful & lucky day for me & my family.. Insya Allah

Tuesday, June 16, 2009

salam semua

aku baru berjinak-jinak dgn blog ni... walau pun dah lama mengenali camna nak buat blog .. dan baca ramai blog orang lain dan beli ebook camna nak create blog biz .. tapi masih tak mampu nak menghasilkan blog sendiri ... tapi akhirnya .. tercipta juga blog aku ni... inspirasi datang selepas aku dah tender notice kat tempat keje aku .. aku tolong abang & kakak aku jual bantal ... tu yang datang untuk mempromosikan bantal jualan abang & kakakku itu ... emm lagipun aku pun dah notis berenti cuma tunggu masa jer .. tak da keje lain pun selain duk rumah je lepas berhenti nanti ... jadi apa salah nye kalau aku serius berkecimpung dalam dunia biz online ni ... memang itu pun yang aku hajati sejak setahun lepas .. selepas menimba ilmu sedikit demi sedikit dalam dunia internet akhirnya aku memang berani kan diri untuk memulakan blog aku sendiri ... dan blog pertama aku ialah http://gebu-creative.blogspot.com dan setelah itu http://salwahamzah.blogspot.com ... selain itu juga aku masih lagi menimba ilmu dalam memulakan kerjaya sebagai internet marketer ni .. bukan senang nak senang .. walaupun kerja harian ku memang berhadapan dengan computer 9 hours sometime more than 9 hours per day . Aku tidak berapa mahir untuk memulakan biz online. Boleh dikatakan expert dalam design & marketing tapi online marketing aku masih perlu belajar lebih byk lagi. Aku perlukan satu perubahan dalam diri aku seperti anjakan paradigma kepada sesuatu yang lebih baik .. dapat merapatkan lagi diri aku dengan anak-anak yang sedang membesar yang lebih memerlukan perhatianku. Dengan cara inilah aku dapat membuat sesuatu yang aku minat & suka serta dapat membimbing anak-anak ku dengan lebih prihatin lagi. Aku berdoa semoga apa yang aku lakukan ini akan membuahkan hasil yg memuaskan bukan sahaja untuk diriku tetapi untuk suami & anak-anakku juga.

Translate