Showing posts with label zamri nanyan. Show all posts
Showing posts with label zamri nanyan. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

pendedahan eksklusif Rahsia Kekayaan "Internet Marketer"




Salam ,

Bila Zamri Nanyan terbitkan sesebuah produk, saya pasti
akan beri perhatian penuh...

...kerana saya tahu apa yang beliau kongsikan amat berharga.

Kali ini, beliau dedahkan satu lagi rahsia bagaimana internet
marketer seperti anda juga dapat menjana pendapatan yang
amat lumayan di internet.

Rahsianya ialah tak lain dan tak bukan... cipta dan jual produk
digital.

Inilah yang dikongsikan di dalam Pakar Produk Digital.

Ya, mereka mempunyai produk digital sendiri untuk dijual
kepada pelanggan pada harga yang tinggi.

Saya sangat teruja bila melihat sendiri senarai audio, video
dan terjemahan audio yang diberikan di dalam program ini.

Segala-galanya diterangkan secara terperinci.

Pakar Produk Digital merangkumi 3 modul dan beberapa
hadiah bonus istimewa yang lain - semuanya dicipta
khusus untuk membantu anda menghasilkan produk digital
yang berkualiti tinggi supaya anda juga mampu menghasilkan
pendapatan yang lumayan dengan menjualnya nanti.

Inilah satu program yang tak boleh anda lepaskan pada
tahun ini. Dapatkan Pakar Produk Digital sekarang juga
dan jangan tunggu sehingga saingan anda tahu rahsia ini
dahulu daripada anda.

http://www.PakarProdukDigital.com/?aff_id=26123

ikhlas,

Salwa Hamzah

ps. inilah salah satu program yang saya rasakan TERBAIK
pada tahun ini. Sesiapa pun MESTI memilikinya jika ingin
benar-benar menjana pendapatan yang amat lumayan di
Internet. Dapatkan Pakar Produk Digital sekarang.

http://www.PakarProdukDigital.com/?aff_id=26123

Thursday, August 6, 2009

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://thefourweekstofreedom.com/?aff_id=4874 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/trendymoney

Translate