Wednesday, July 29, 2009

KEK COKLAT MAKWA

Bahan-Bahan
9 oz tepung Gandum
3 oz Serbuk koko ( Van Houton Cocoa Powder )
12 oz Gula Perang (Brown Sugar)
1 sudu tea Baking Powder
1 1/2 buku Butter
8 nos Telor

Add-in ( ikut suka nak letak boleh tak letak pun tak pe)
Coklat rice or coklat chip
Coklat masak ( dicairkan ) untuk menambah kecoklatan

Cara membuat

Ayakkan tepung gandum + serbuk koko + baking powder bersama (campur sekali).
Butter & Gula perang pukul hingga rata dan sebati. Telor dipukul hingga rata dan kembang.
Kemudian masuk kan telor sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter & gula dan gaul hingga rata dan sebati.
setelah sebati masukkan tepung yang telah diayak bersama tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan sebati.
Dan masukkan coklat rice atau coklat cip atau coklat masak jika suka. Sapu loyang dgn mentega atau tepung
& masukkan adunan ke dalam loyang (separuh loyang )

Setelah itu panaskan Oven 180 C dan masukkan loyang adunan kek coklat tadi dan bakar selama 45 min atau hingga masak.
Selepas masak tunggu sejuk dan keluarkan dari loyang, boleh dihiaskan ikut suka anda.


Bahan Topping Coklat
Susu coklat (1/2 kotak)
Coklat Masak & serbuk koko ( anggaran hinga pekat)
1 sudu butter
Susu krimer manis. ( secukupnya)

Cara membuat
Susu coklat masukkkan ke dalam periuk dan panas kan. Masukkan butter & coklat masak, gaul sebati dan
masukkan serbuk koko hingga agak pekat.. Kemudian masukkan susu krimer ikut rasa dan manis .
Bila sudah pekat boleh angkat. Tunggu topping agak suam, tuang dan rata kan di atas kek coklat tadi yg telah
diletakkan diatas tempat kek. diatas tempat kek. Dan Hias Ikut Creativiti anda samada
taburkan coklat rice atau hanya letak kan buah-buahan atau hiaskan dgn krim coklat ikut suka anda. Sekian

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Translate