Tuesday, April 12, 2016

HIDUP KITA SEMAKIN SINGKAT ...

Hidup kita semakin singkat ..
Semalam telah berlalu
Hari ini terus maju
Esok dalam perancangan
Apa jua perancangan kita ..
Yang pasti Allah telah merancang yang terbaik untuk kita ..
Rezeki kita takkan salah alamat takkan salah tempat
Kita bekerja rezeki
Kita berniaga rezeki
Kita hidup dan bernyawa rezeki
Anak-anak kita rezeki
Suami kita rezeki
Isteri kita rezeki
Keluarga kita juga rezeki
Sahabat-sahabat kita juga rezeki
Rezeki Allah yang tentukan & aturkan..
Tapi usaha untuk menjemput rezeki itu kita kena usahakan..
Selebihnya Tawakal lah .. Hanya Allah yang Maha Menggerakkan

Thursday, March 17, 2016

"Maafkan & Lupakanlah"

Saya pernah berkata pada seseorang...
"Kita memang tak hidup atas apa yang orang lain kata, tapi kita hidup dikelilingi dengan orang yang pandai berkata-kata"
Jagalah diri agar apa yang orang perkatakan hanya yang baik-baik sahaja mengenai kita.
Diri kita lah cerminan tingkah laku kita..
Baik dari dalam hati, terpancar pada empunya diri..
Pahala bukan hanya untuk diri sendiri tapi biarlah kita sesama saudara merasai..
Penat beramal, jika pada saat amalan dikira, semua pergi ke tempat lain, dan dosa orang lain pula ditanggung.
Biarlah dosa terhapus, dengan sedikit kebaikan yang dikongsi bersama insya Allah pahala berganda.
"Maafkan & Lupakanlah"
Setiap kebencian akan bertukar indah bila kita nikmati setiap ujian yang Allah berikan.
credit:
Allah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Like
Comment

Translate