Thursday, August 27, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA

Selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat .. semoga ramadhan tahun ini akan memberikan lebih rahmat & rezeki kepada kita semua dan juga dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih keinsafan & kesyukuran.. insya Allah...

Tahun ini Ramadhan yg tiba dan Syawal yg bakal menjelang ini lebih memberikan penuh makna kepada kami sekeluarga .. maklumlah akhirnya aku & family dapat juga menduduki rumah yang kami beli ... Alhamdulillah syukur ke hadart ilahi ... dan setelah berhempas pulas juga sambutan ramadhan tahun ni aku dapat membeli kereta yang baru ... tapi aku dan suamii tetap simpan kereta kancil yg sedia ada .. ini dapat memudahkan juga perjalananku & suami ke tempat kerja jika hari hujan atau pun jika aku perlu pulang lewat dari tempat kerja ... Ku lihat kegembiraan di wajah anak-anak ku kerana tahun ni juga begitu meriah buat mereka ... Si Balqis & Aunie setakat ni berpuasa penuh dari awal bulan ramadhan hari tu ... ku & suami juga tak sangka Aunie akan berpuasa tahun ni maklum lah baru 5 tahun .. tapi walaubagaimana pun aku & suami bangga juga kerana mereka tahan untuk berpuasa....

Puasa kali ni kami sambut di rumah baru .. petang Sabtu itu baru kami pulang ke kampung di Kluang .. heehehhee sampai di rumah ayah di Kampung Melayu .. memula dia tak sangka yg samai adalah kami, kerana kami memnag tak bagitau ayah, yang kami dah beli kereta baru .. tekejut ayah bila melihat kami yg keluar dari kereta... adik Farid juga masa kami ambil di stesen keretapi juga tak sangka yg menunggu di depan dia adalah kami ... jadinya petang itu ... kami semua diluar berborak tentang kereta yang kami baru beli sampai lah waktu berbuka ... Malam tu Aunie mengadu sakit perut ... tapi tak da yg membimbangkan sangat kerana masa buka puasa tu c Aunie memang tak nak makan .. so.. masa bangun sahur tu aku paksa dia makan supaya perutnya tak sakit .. kerana perut kosong .. ku sangkakan dia tak akan berpuasa pada hari kedua itu .. tapi Aunie dapat puasa penuh juga hari tu walaupun dalam keadaan yg tak berapa sihat .. Balqis kalah dengan Si Aunie .. kalau Balqis baru demam sikit pun dah tak nak makan walaupun kena paksa ... Mungkin juga Aunie sudah bersekolah .. bila sentiasa diingatkan tetang ibadah puasa .. tentang kelebihan bila berpuasa .. duit raya . baju raya... dia pun excited untuk menjalani ibadah puasa ... syukur alhamdulillah.. Semoga anak-anakku akan menjadi anak solehah dan berjaya menjadi seorang insan yg cemerlang hari ini esok dan selamanya.. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Translate