Friday, July 31, 2009

Jutawan Segera di Kota Jakarta ... :D







Jakarta 26 - 29 Juni 2009


Our 1st honeymoon after 7th years at least .. :)
Sweet Memory in 2009.

Emm .. sebenar 1st time bercuti tanpa anak-anak ... pasal waktu sekolah & lagi satu trip dengan rakan-rakan kerja hubby... Paling tidak pun dapat gak bercuti berdua .. ni percutian pertama kami berdua setelah mendirikan rumahtangga selama 7 tahun. Al maklum lah masa diawal perkahwinan kami .. aku pun masa tu dalam final year kat UiTM, then tak lama tu dah mengandungkan anak sulungku Nurul Balqis... terpaksalah tunda .. tunda punya tunda tak sedar dah tujuh tahun kami melayari bahtera bersama. Berbalik cerita Jakarta ... mlm sebelum berangakat tuh balik kampung hantar Balqis & Aunie rumah ayah mertuaku .. then mlm tu juga balik Melaka semula .. pagi sebelum tu pergi office dulu selesaikan apa yang patut walaupun sepatutnya dah bercuti ... lebih kurang jam 10 lebih baru siap berkemas dan hantar pula anak ku yang kecil si Najwa ke rumah pengasuh ku... huhuhuhu sedihnye nak tinggalkan Najwa .. tak pernah lagi nak berpisah dgn dia.. Najwa cam biasa je .. lagipun mesti dia ingat kau nak pergi bekerja.. tangan melambai tapi hati diruntun perasaan .. bergenang juga airmata melihat tangan si Najwa melambai girang ke arahku.... Kami menaiki bas dari IKBN ke LCCT .. tapi jadual penerbangan kami malam jam 8:40mlm.. Ya Allah .. bayangkan lah berapa lama kami harus menunggu ... dari jam 2 ptg sampai jam 8.00 macam-macam aktiviti gak yg aku & hubby & kawan-kawannye buat .. makan lah melepaklah berborak ... bergambar tak habis-habis menyakat satu sama lain dan byk lagi .. sampai nak tunggu kat boarding area pun sempat lagi beli makanan untuk dimakan.. bukan tu saja dalam flight pun member sorang ni sempat lagi makan mee segera ... sabar jelah .. ingatan nak juga try nasi lemak .. dah la bau satu flight .. sampai je kat kitorang nasi lemak dah habis .. sadis sungguh ... emm ..................................to be continue .....

Wednesday, July 29, 2009

KEK COKLAT MAKWA

Bahan-Bahan
9 oz tepung Gandum
3 oz Serbuk koko ( Van Houton Cocoa Powder )
12 oz Gula Perang (Brown Sugar)
1 sudu tea Baking Powder
1 1/2 buku Butter
8 nos Telor

Add-in ( ikut suka nak letak boleh tak letak pun tak pe)
Coklat rice or coklat chip
Coklat masak ( dicairkan ) untuk menambah kecoklatan

Cara membuat

Ayakkan tepung gandum + serbuk koko + baking powder bersama (campur sekali).
Butter & Gula perang pukul hingga rata dan sebati. Telor dipukul hingga rata dan kembang.
Kemudian masuk kan telor sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter & gula dan gaul hingga rata dan sebati.
setelah sebati masukkan tepung yang telah diayak bersama tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan sebati.
Dan masukkan coklat rice atau coklat cip atau coklat masak jika suka. Sapu loyang dgn mentega atau tepung
& masukkan adunan ke dalam loyang (separuh loyang )

Setelah itu panaskan Oven 180 C dan masukkan loyang adunan kek coklat tadi dan bakar selama 45 min atau hingga masak.
Selepas masak tunggu sejuk dan keluarkan dari loyang, boleh dihiaskan ikut suka anda.


Bahan Topping Coklat
Susu coklat (1/2 kotak)
Coklat Masak & serbuk koko ( anggaran hinga pekat)
1 sudu butter
Susu krimer manis. ( secukupnya)

Cara membuat
Susu coklat masukkkan ke dalam periuk dan panas kan. Masukkan butter & coklat masak, gaul sebati dan
masukkan serbuk koko hingga agak pekat.. Kemudian masukkan susu krimer ikut rasa dan manis .
Bila sudah pekat boleh angkat. Tunggu topping agak suam, tuang dan rata kan di atas kek coklat tadi yg telah
diletakkan diatas tempat kek. diatas tempat kek. Dan Hias Ikut Creativiti anda samada
taburkan coklat rice atau hanya letak kan buah-buahan atau hiaskan dgn krim coklat ikut suka anda. Sekian

Selamat Mencuba.

Friday, July 10, 2009

DUIT PERCUMA

DUIT PERCUMA hanya download ebook percuma & anda akan dapat RM3.50 mudah bukan... hanya ikut langkah demi langkah

Dan sekarang saya akan dedahkan kepada anda
satu lagi program affiliate yang memberi komisyen
sebanyak RM3.50.. Wah!! byk tu.. malah penganjur
tersebut bagi ebook percuma lagi berkaitan dengan
pernigaan internet.

Tapi, sebelum nak menyertai affiliate dan ebook ini
anda perlu daftarkan diri disini:
http://tinyurl.com/lkjee9

Langkah-langkah untuk menyertai Affiliate ini :

1 pergi ke laman web ini
http://tinyurl.com/lkjee9

2. Isi nama dan email

3. Klik link pengesahan di email

4 . Selepas klik link pengesahan di email anda
akan dibawa ke page download ebook percuma yang diberkan.

Di dalam bahagian page download itu juga ada link untuk
daftar affiliate pada bahagian bawah.


Sertai Sekarang disini :
http://tinyurl.com/lkjee9

Tuesday, July 7, 2009

Al-Fatihah untuk Tok Niah yang kembali ke rahmatullah pada 6/7/09 bersamaan 13 Rejab 1430

Isnin 6 July 2009. Lebih kurang jam 6.20pg hubby dapat panggilan telefon dari ayah mertuaku.. menyatakan atok niah baru meninggal dunia subuh itu... aku & suami terkejut mendengar perkhabaran sedih itu .. dan tanpa disedari .. hubby menitiskn air mata .. kerana hanya itu juga lah nenek yang tinggal dalam keluarga suamiku... tanpa berlengah kami bersiap untuk selesasikan urusan yang tertangguh untuk hari itu.. maklumlah hari isnin .. byk yang perlu diselesaikan ditempat kerja masing2. Selepas aku selesai urusan dipejabat, aku terus pulang ambil anak-anak ku dan bersiap untuk pulang ke Johor.. sementara menunggu hubby balik .. ku siapkan perkakasan anak2... Perjalanan berjalan lancar .. adik iparku yang tinggal di Penang pun pulang ke kampung kerana masa Atuk Kin meninggal tahun lepas dia tidak dapat balik waktu itu... Sampai dikampung aku & hubby tak sempat untuk melihat atuk niah buat kali terakhir.. cuma kami dapat singgah di kubur Atuk Niah untuk sedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur sekejap... selepas itu kami terus ke rumah Mak Enon(adik arwah mak hubby) di Parit Sonto. Malam itu seperti biasa diadakan majlis bacaan Yassin & tahlil untuk arwah dan Mak Enon akan mengadakannya selama 7 malam berturut-turut. Selepas selesai semua majlis kami pun pulang semula ke Melaka... Alhamdulillah perjalanan hari ni berjalan lancar dan kami sampai di rumah lebih kurang jam 12.30mlm.

Sunday, July 5, 2009

La Caffe Macinato


New outlet at my work place. Before this the outlet was Panorama Lounge, selling bread & pastry, also cake of the month, some local dishes like nasi lemak, mee sup & etc. But now, their change to coffee shop, exclusive cafe name La Caffe Macinato. Savour some excellent quality coffee with exquisite flavour & aroma. Open daily from 10am till 11pm. La Caffe Macinato still selling bread & pastry, have a new product Hagen Daz Ice cream. La Caffe also sell espresso, coffee, tea, smooties & ice blended.

Saturday, July 4, 2009

uih .. byknyer keje .... emm nampaknya extend lagi my last date until sept 09. maksudnya kalau ada rezki dapat GNO untuk next quater . hehehehe.... cuti pun tak macam cuti kan .. before cuti hari tu ada last minute project ... La Caffe Macinato ...
New coffe shop at my work place. new image & new outlet .. tapi rasa berbaloi bila dapat siap keje tuh before pergi bercuti .... huhuhuu ... tapi tu lah rushing .. harap semua dapat berjalan lancar.

Translate