Friday, September 11, 2009

Ramadhan Special di Everly Resort Hotel Malacca









































































'MACAM-MACAM ADA' DI STRAITS VIEW CAFE.

Ramadhan tahun ini SVC memperkenalkan new tagline.. "Macam-macam ada' untuk Ramadhan Buffet Berbuka di Everly Resort Hotel Malacca. Pelanggan dapat menikmati pelbagai sajian masakan tempatan dan juga barat sebagai juadah berbuka puasa serta rasai kelazatan serta kenikmatan juga perkhidmatan yang sentiasa diberi keutamaan di sini. Berkonsepkan "stall style - international buffet menu' Ramadhan Special ini berlanjutan hingga 19hb September 2009. Straits View Cafe memberikan pilihan lebih 100 jenis menu istimewa disajikan setiap hari.

Menariknya, SVC menawarkan sajian yang jarang ditemui dibuffet berbuka yang biasa di hotel-hotel lain seperti pelbagai jenis kuih-muih & pastry, ulam-ulaman & halwa pembuka selera, lauk-pauk ala kampung, nasi lemak panas berlauk rendang, sushi, aneka bubur seperti pengat pisang, pulut hitam, bubur kacang merah, & bubur lambuk serta bubur nasi dengan pelbagai tambahan seperti ikan bilis, ikan masin dan banyak lagi. Selain itu juga SVC menyediakan pelbagai jenis buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.

Pendek kata "Macam-macam ada" memberikan begitu banyak pilihan untuk berbuka dengan kadar harga RM 40++ untuk dewasa & RM 20 ++ untuk kanak-kanak & warga emas.

Disamping itu juga.. sambil menikmati juadah berbuka puasa kita juga dihiburkan dengan alunan gemersik petikan gambus persembahan Ghazal yang menemani sepanjang waktu berbuka disepanjang bulan Ramadhan ini.

Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi: 06-315 3888 samb:4811 atau hubungi En Khosin 017-6026726 & Chef Romzi 012 4803844.

No comments:

Post a Comment

Translate