Sunday, December 26, 2010

Fiezzamy Blogspot: ~ Pelbagai Resepi Pizza

Fiezzamy Blogspot: ~ Pelbagai Resepi Pizza: "Ok...kali ni fiza nk letak resepi buat pizza...mana lah tau kan tetiba terasa nk buat pizza sendiri..almaklum ler...klu makan pizza hari2 kt..."

PayBox

join now .. more opportunities for the earliest reply & earn some money

PayBox

Sunday, September 26, 2010

pendedahan eksklusif Rahsia Kekayaan "Internet Marketer"




Salam ,

Bila Zamri Nanyan terbitkan sesebuah produk, saya pasti
akan beri perhatian penuh...

...kerana saya tahu apa yang beliau kongsikan amat berharga.

Kali ini, beliau dedahkan satu lagi rahsia bagaimana internet
marketer seperti anda juga dapat menjana pendapatan yang
amat lumayan di internet.

Rahsianya ialah tak lain dan tak bukan... cipta dan jual produk
digital.

Inilah yang dikongsikan di dalam Pakar Produk Digital.

Ya, mereka mempunyai produk digital sendiri untuk dijual
kepada pelanggan pada harga yang tinggi.

Saya sangat teruja bila melihat sendiri senarai audio, video
dan terjemahan audio yang diberikan di dalam program ini.

Segala-galanya diterangkan secara terperinci.

Pakar Produk Digital merangkumi 3 modul dan beberapa
hadiah bonus istimewa yang lain - semuanya dicipta
khusus untuk membantu anda menghasilkan produk digital
yang berkualiti tinggi supaya anda juga mampu menghasilkan
pendapatan yang lumayan dengan menjualnya nanti.

Inilah satu program yang tak boleh anda lepaskan pada
tahun ini. Dapatkan Pakar Produk Digital sekarang juga
dan jangan tunggu sehingga saingan anda tahu rahsia ini
dahulu daripada anda.

http://www.PakarProdukDigital.com/?aff_id=26123

ikhlas,

Salwa Hamzah

ps. inilah salah satu program yang saya rasakan TERBAIK
pada tahun ini. Sesiapa pun MESTI memilikinya jika ingin
benar-benar menjana pendapatan yang amat lumayan di
Internet. Dapatkan Pakar Produk Digital sekarang.

http://www.PakarProdukDigital.com/?aff_id=26123

Saturday, September 25, 2010

tv9 halaqah sentuhan qalbu-ikon part3.flv

Enter The Massive Giveaway Contest

Enter The Massive Giveaway Contest

Apa Yang Anda Pakai Di Waktu Pagi?

Salam sejahtera ,
Anda apa khabar?

Ada satu perkara yang saya nak beritahu anda semua..

Apa yang pasti perkara ini tiada kena mengena dengan
unsur-unsur tidak bermoral atau lucah! Langsung
tiada kaitan.

Perkara yang hendak saya sebutkan ialah..

Setiap hari selepas anda mandi dan bersiap ke
pejabat, adakah anda memakai sesuatu yang akan
memberikan kesegaran dan ketenangan sepanjang
hari anda berada di tempat kerja?

Apa yang saya maksudkan ialah haruman atau lebih
tepat lagi minyak wangi!

Ya ... adakah anda memakai minyak wangi
sebelum pergi ke tempat kerja atau memakainya
sewaktu sampai di tempat kerja?

Tidak kiralah apa pun jawapannya, haruman minyak
wangi tersebut akan melahirkan satu semangat yang
berlainan dalam diri anda apabila
memakainya.

Oh ya! Apa kata anda dapatkan laporan
PERCUMA mengenai "Rahsia Kesihan dan Perubatan
Minyak Wangi" melalui link berikut :

--> http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=salwahamzah

Sekiranya anda merupakan penggemar minyak
wangi, ini merupakan satu berita baik buat anda.

Pihak Team HarumanMunifHijjaz menawarkan kemudahan
pembelian minyak wangi keluaran Munif Hijjaz Sdn Bhd
dengan sebanyak 18 wangian yang diinspirasikan daripada
jenama antarabangsa yang boleh anda pilih.

Minyak wangi Munif Hijjaz ini merupakan minyak wangi
yang dihasilkan daripada 100% pati yang tulen dan
didatangkan dalam botol tunggal bersaiz 8ML dalam
setiap kotak dengan rekaan botolnya yang menarik
dan eksklusif.

Anda boleh pilih haruman minyak wangi kesukaan
anda disini. Apa yang menariknya, kos penghantaran adalah
PERCUMA dan tiada sebarang caj tambahan dikenakan!

Sila klik disini :
http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=salwahamzah

Nantikan email saya di masa akan datang dengan info
yang lebih menarik lagi mengenai minyak wangi
keluaran Munif Hijjaz ini!

Sekian,
Terima kasih.

Salwa Hamzah

Monday, August 16, 2010

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN


Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.



FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)



FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN



1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Tuesday, April 6, 2010

EXAM Gred 41 - SPA

Weh, apa khabar? Harap sihat sentiasa.

Tadi browse internet cari maklumat untuk exam SPA, terjumpa satu site nih, mmg rujukan untuk persediaan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan
Awam Gred 41. Kalau masih tercari-cari rujukan exam bertulis ni, boleh lah usha tengok macam mana kat sini;


http://www.tipsptd.com/index.php?ref=salwahamzah

Dah cuba tgk2 kat internet, diaorang mmg dah lama dan banyak bantu orang lain kat blog tipsptd. Pastu tengok testimonial pun semua snapshot 'live' email dan mmg ramai yang puas hati. Cuba lah usha2 tengok kalau tengah bersiap nak gi exam nih.

Ter'excited' pulak!

Salwa Hamzah
http://www.tipsptd.com/index.php?ref=salwahamzah

Tuesday, February 9, 2010

Kursus Pembinaan Website dan Pemasaran Internet

Kursus Ebiz Pembinaan Website dan Pemasaran Internet telah disusunrapi agar memberikan ilmu pengetahuan yang lengkap kepada peserta - peserta agar dapat menjalankan perniagaan internet yang berjaya setelah menyertai kursus. Kursus ini dikendalikan oleh seorang usahawan internet yang merupakan seorang jurutera di dalam bidang R&D.

Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembinaan website dan selepas itu , pemasaran internet. Pembinaan website adalah amat penting dan menjadi mandatori kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya di dalam bidang perniagaan internet ini. Namun, website tanpa teknik pemasaran yang efektif tidak memberi apa- apa makna. Kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan konsep, teori , praktikal dan kemahiran yang diperlukan di dalam menjana pendapatan daripada internet.

Pengendali kursus mempunyai pengalaman selama lima tahun di dalam perniagaan internet. Beliau telah melibatkan diri di dalam perniagaan produk fizikal , produk maya dan juga servis. Pelbagai pengalaman dapat dikongsi bersama dan teknik- teknik yang telah terbukti berkesan akan disampaikan kepada anda.

Info Kursus Ebiz
Kursus akan dijalankan secara intensif satu hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.45 petang. Kursus dijalankan di bilik kursus berhawa dingin dan lengkap dengan kemudahan internet wifi. Makanan untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang disediakan. Program untuk kursus adalah seperti berikut:

Pagi: Pembangunan website: minisite Kompozer dan Dreamweaver Filezilla dan Photoshop Pembinaan borang & Website template Flash intro/website Artikel dan surat jualan Ebook cover Search Engine Optimization (SEO)

kursus, workshop, bengkel, internet, perniagaan, pemasaran
Petang: Strategi pemasaran efektif Autoresponder pembinaan video and youtube Forum/ chatbox pemasaran menggunakan email (no-spamming) Social network marketing , facebook, twitter Yahoo messenger, skype Adword and Adsense GDI, TrafficWave and Aweber business

perniagaan, permasaran, internet, online, business, home business, working from home

Seorang usahawan internet separuh masa yang bergiat daripada rumah. Mempunyai ijazah sarjana muda (kepujian) di dalam bidang Mechatronics engineering dan juga sijil eksekutif di dalam bidang web technology daripada UTM. Berkhidmat sebagai senior R&D engineer di dalam bidang semikonduktor di salah sebuah syarikat multinational di Kuala Lumpur hampir 10 tahun. Berpengalaman selama 5 tahun di bidang internet business dan telah menjana lebih daripada RM150 ribu dengan pelbagai jenis perniagaan di Internet. Pendapatan semasa di dalam internet business ialah RM3500 - RM5000 sebulan. Telah berpengalaman mengadakan kursus pembinaan website dan pemasaran internet selama setahun. Beberapa buah kelas telah diadakan di Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak.


NoHariTarikhTempatMasaYuranStatus
1Sabtu15 Aug 09 Bandar Baru Bangi, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM130Sudah diadakan
2Sabtu29 Aug 09Bandar Tasik Selatan, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM180Sudah diadakan
3Sabtu3 Okt 09Bandar Tasik Selatan, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM180Sudah diadakan
4Sabtu15 Nov 09Bandar Tasik Selatan, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM180Sudah diadakan
5Sabtu5 Dec 09Bandar Tasik Selatan, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM180Sudah diadakan
6Sabtu19 Dec 09Bandar Tasik Selatan, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM180

Sudah diadakan

7Ahad10 Jan 10Bandar Tasik Selatan, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM180

Sudah diadakan

8Sabtu16 Jan 10INTIM Ipoh, Perak ~Hubungi : En Fauzi Hamad, SMS no: 019-55900608.30pg - 5.45 ptgRM230

Sudah diadakan

9Sabtu23 Jan 10Bandar Tasik Selatan, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM180

Sudah diadakan

10Sabtu6 Feb 10INTIM Ipoh, Perak ~Hubungi : En Fauzi Hamad, SMS no: 019-55900608.30pg - 5.45 ptgRM250Sudah diadakan
11Sabtu20 Feb 10Bandar Tasik Selatan, Selangor8.30pg - 5.45 ptgRM230

Akan diadakan

12Sabtu27 Feb 10Johor Bahru, Johor ~ Hubungi : Puan Rose, SMS no: 019-3231941 Maybank: 1141873411568.30pg - 5.45 ptgRM270

Akan diadakan

13Sabtu6 Mac 10

Kota Kinabalu, Sabah ~Hubungi : En Hamzah, SMS no: 014-6790204 CIMB a/c: 10010002233205

8.00pg - 5.45 ptgRM350Akan diadakan
14Sabtu13 Mac 10

Bandar Melaka, Melaka ~Hubungi : Pn. Salwa , SMS no: 014-6223898 Maybank a/c: 154026467152

8.00pg - 5.45 ptgRM260Akan diadakan


Hubungi Urusetia

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

En. Aridz
012-2987757
aridz7 @ gmail.com
Maybank : 112184076753

Bilik Kursus Berkomputer, 34-4, Tingkat 4, Jalan 3/146, Wisma DPI-INVERGOLD, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur


Ipoh, Perak Darul Ridzuan

En. Fauzy Hamad
019-5590060

fauzihamad @ gmail.com

Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)
Jalan Raja Muda Mahdi
31400 Ipoh, Perak

Melaka, Bandar Bersejarah


Puan Salwa
012-6223898
salwahamzah @ gmail.com
Maybank: 154026467152

Everly Resort Hotel Malacca
10 Km, Jalan Tanjung Kling
76400 Melaka


Johor Bahru, Johor Darul Takzim

Puan Rose
012-2987757
rosema_ruslan @ yahoo.com
Maybank : 1141-8734-1156

Pusat Komputer Urban,
No.B-01-09, Jalan Pulai Perdana 11/6
Taman Sri Pulai Perdana
81110 Johor Bharu, Johor

Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu

En. Hamzah
014-6790204
hamzah_jamal @ bpllogistics.com
CIMB : 10010002233205


Contact Us

internet-marketer-online-business-best-opportunity
En. Aridz
012-2987757
aridz7 @ gmail.com

Thursday, January 21, 2010

Tahun 2010

Banyak perkara yang berlaku awal tahun ni .. tapi tak tau lah kenapa susah betul nak susun ayat untuk dijadikan critera ... Dari jadi seorang freelance designer sambil tu juga aku bekerja di sebuah company yang akan mengendalikan sebuah Water Theme Park & Hotel, aku tetap meneruskan kerjaya sambilanku. Walaupun sibuk dengan menguruskan ketiga-tiga puteriku yg semakin meningkat naik tuh... aku tetap cuba bertahan untuk memastikan setiap kerja yang kulakukan diselesaikan dengan baik dan juga memuaskan semua pihak.. kerana aku tak nak berlaku yang dikejar tak dapat yang dikendong pula berciciran ... baik kerja sambilan ataupun tetap 2-2 nyer memerlukan komitmen dari aku...

Nasib baik bulan ni tak terlalu banyak kerja on call untuk tempat server yang aku jaga. Walaupun dalam keadaan mereka yang menggunakan generator, main server tetap meneruskan aktivitinya seperti biasa, diharap terus ok tanpa masalah yang berat, insya Allah.

Untuk kerja designer pula, untuk bulan ni agak kurang permintaan, kerana boss yang biasa bagi aku job tu bercuti panjang pula bulan ni, tapi aku masih ada design lain yang perlu disiapkan.

Ditempat kerja yang satu lagi pula aku sedang sibuk menguruskan hal promosi theme park tersebut yang bakal soft launch kemungkinannya pada bulan February 2010 ini. Banyak kerja yang perlu dilakukan memandang bulan February 2010 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Tapi masih banyak yang pending berikutan boss aku plak cutiiiiii... oh tensionn sungguh..

Walau apa pun yang berlaku sempena dengan Maa'al Hijrah dan juga Tahun baru 2010 dan juga bakal menyambut tahun baru cina ni, aku berdoa kehadrat ilahi semoga permulaan tahun ni akan memberi ruang rezeki yang luas kepada ku & keluarga dan permudahkan segala urusan ku untuk meneruskan perjuangan memaju diri & perniagaanku ke tahap yang lebih cemerlang, Semoga Tahun ni akan memberikan impak yang besar dalam perjalanan kareer ku, Insya Allah.

Translate