Friday, October 30, 2009

PENULIS BUKU DI MALAYSIA :: ZAMRI MOHAMAD: Kisah Prof Dr Muhammad Yunus 1

PENULIS BUKU DI MALAYSIA :: ZAMRI MOHAMAD: Kisah Prof Dr Muhammad Yunus 1













Salam semua..

Dah lama tak update blog ni dgn cerita-cerita baru, bukannya apa .. byk kerja yg tertangguh perlu diuruskan .. Al maklumlah sekarang ni dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa .. tapi masih lagi sibuk dengan kerja-kerja freelance yg ku buat ... Alhamdulillah .. walaupun sudah tidak menjadi pekerja sepenuh masa sekarang ni aku mendapat contract untuk mengendalikan server di tempat kerja lamaku .. dalam masa yang sama aku juga masih mengendalikan pengurusan pengiklanan syarikat tersebut .. rezki juga .. walaupun duduk dirumah dapat juga gaji bulanan .. alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikanku rezeki ini. Ini bermaksud aku seorang pekerja contract .. hehehhe .. aku hanya perlu datang ke office hanya pada masa-masa yg diperlukan sahaja .. pada masa yang lain .. aku hanya membuat kerja dari rumah ..

Nampak seperti mudah .. tetapi byk kerja yang perlu aku buat bila dirumah ... dah tentu menjadi tukang kemas & tukang masak sepenuh masa ... hantar & mengambil anak-anakku dari sekolah ... mengasuh anakku yang ketiga .. dan bila diperlukan aku akan ke office bersama dengan asisstant cilikku Najwa .. pabila petang pula pengasuh kepada 3 orang puteriku yang memangnya aktif bila dirumah .. Jika ada kerja yg memerlukan aku untuk datang ke office pada waktu malam .. aku akan ke office & akan pulang pada tengah malam, nasib baik waktu malam suamiku ada dirumah untuk menjaga mereka .. sebab itulah waktu aku boleh ke pejabat hanyalah waktu pagi kerana aku hanya perlu bawa Najwa sahaja & juga bila waktu malam, bila suami aku ada dirumah ... Fuh!! betul-betul cabaran seorang suri rumah yang bekerja sambilan ... hehehhe .. Tetapi sekurang-kurangnya aku dapat meluangkan lebih masa kepada anak-anakku yang sedang meningkat naik ... banyak perhatian yg mereka perlukan ... tetapi Najwa menjadi seorang kanak-kanak yang manja bila dilihatnya mama sentiasa ada disisi nya.. Itu yang menjadikanku agak rimas dengan sikapnya .. aku sedang mencuba untuk mengajarnya supaya lebih berdikari walaupun aku sentiasa ada dirumah ...




Translate