Thursday, August 27, 2009

Panggilan Interview dari SPP

14hb August 2009 - Jumaat.
Aku pergi ke Pejabat Pos laju di Bacang Malim Melaka .. aku ingin mengambil dokumen yg tak dapat dihantar dirumah ku kerana waktu bekerja .. aku terfikir-fikir juga, siapa yang mengirimkannya.. kerana aku tiada menuggu apa-apa bungkusan atau dokumen yg dipesan ... bila pegawai yg bertugas menyerahkan saja dokumen tersebut .. aku terpaku seketika .. kerana aku dapat panggilan temuduga dari SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan .. panggilan temuduga utuk jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41. Tak sempat sampai rumah aku dah call hubby .. beritau terus atas kegembiraanku mendapat panggilan temuduga tersebut .. lepas aku call plak Effa .. tanya apa yang patut .. kerana setahu aku DH41 ini antara Politeknik ataupun Kolej Komuniti... jadi tanyalah apa yang mungkin ditanya.. begitu juga aku call kawan aku Suzey yang baru dapat kerja kat Politeknik .. tapi mereka bagitau pun.. panel penemuduga tersebut banyak bertanyakan soalan yg lebih kepada latar belakang bidang yang dipohon ataupun latar belakang yang ditemuduga ....

26hb August 2009 - Rabu.
Hari ini aku ada temuduga di Putrajaya .. selepas sahur aku terus bersiap untuk perjalanan ke Putrajaya bersama dengan suami ku.. anak-anak aku hantar awal ke rumah penjaga .. alhamdulillah perjalanan ke Putrajaya berjalan lancar dan aku sampai di Kompleks JPM lebih kurang pukul 8.00pg. Aku daftarkan diri di pos masuk dan terus menuju ke bilik temuduga .. sampai sahaja.. aku terus mendaftar dikaunter .. dan mendapat no 2003 iaitu peserta yang ketiga untuk Bilik 6... Pagi tu ku lihat tak ramai yang hadir ... mungkin ada yang dapat sesi tengahari & juga petang ... selepas no ku dipanggil ke bilik 6. Aku dengan tenang meletakkan file-file ku di atas meja penemuduga... .Setelah itu .. mereka meminta aku mencerita kan tentang diriku lah apa lagi ... aku un mula lah bercerita tentang diriku dan pengalaman ku yang pernah mengajar di Sekolah Menengah dan juga pengalaman ku ditempat sekarang ... Banyak soalan yang ditanya kan mengenai bagaimana untuk mengajar .. apa sifat-sifat yang perlu untuk mengajar dan perkara yang berkaitan dengan kepimpinan .. Dan juga kenapa aku mohon jawatan ini. Hahahaha .. aku jawab apa yang terlintas dikepalaku berdasarkan pengalaman ku mengajar dan juga bekerja .... Setelah selesai.. Yang aku harapkan hanyalah kuasa Allah semoga membuka hati penemuduga tersebut untuk menerima permohononku ini.. kerana ku telah berusaha untuk menjawab segala soalan yang ditujukan kepadaku sebaik-baiknya & hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berlaku selepas ini dan kuharapkan sesiapa juga yang membaca ceritaku ini akan mendoakanku semoga berjaya dapat jawatan ini .. Insya Allah.

2 comments:

  1. Congrats ya....dapat intervw,new car n new house.Hopefully semakin hari semakin bahagia....Apa2pun, semoga maju jaya.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah.. Thanks Rose..

    ReplyDelete

Translate