Tuesday, July 7, 2009

Al-Fatihah untuk Tok Niah yang kembali ke rahmatullah pada 6/7/09 bersamaan 13 Rejab 1430

Isnin 6 July 2009. Lebih kurang jam 6.20pg hubby dapat panggilan telefon dari ayah mertuaku.. menyatakan atok niah baru meninggal dunia subuh itu... aku & suami terkejut mendengar perkhabaran sedih itu .. dan tanpa disedari .. hubby menitiskn air mata .. kerana hanya itu juga lah nenek yang tinggal dalam keluarga suamiku... tanpa berlengah kami bersiap untuk selesasikan urusan yang tertangguh untuk hari itu.. maklumlah hari isnin .. byk yang perlu diselesaikan ditempat kerja masing2. Selepas aku selesai urusan dipejabat, aku terus pulang ambil anak-anak ku dan bersiap untuk pulang ke Johor.. sementara menunggu hubby balik .. ku siapkan perkakasan anak2... Perjalanan berjalan lancar .. adik iparku yang tinggal di Penang pun pulang ke kampung kerana masa Atuk Kin meninggal tahun lepas dia tidak dapat balik waktu itu... Sampai dikampung aku & hubby tak sempat untuk melihat atuk niah buat kali terakhir.. cuma kami dapat singgah di kubur Atuk Niah untuk sedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur sekejap... selepas itu kami terus ke rumah Mak Enon(adik arwah mak hubby) di Parit Sonto. Malam itu seperti biasa diadakan majlis bacaan Yassin & tahlil untuk arwah dan Mak Enon akan mengadakannya selama 7 malam berturut-turut. Selepas selesai semua majlis kami pun pulang semula ke Melaka... Alhamdulillah perjalanan hari ni berjalan lancar dan kami sampai di rumah lebih kurang jam 12.30mlm.

No comments:

Post a Comment

Translate