Saturday, August 29, 2009



Assalamualaikum....

Salam Ramadhan Almubarak dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih mampu mendirikan ibadah puasa sehingga hari ini tanpa sebarang masalah. Syukur...

Sudahkah anda memiliki kad-kad ucapan raya untuk dikirimkan kepada rakan taulan, sanak saudara dan tak lupa juga, orang2 tersayang?

Mungkin anda malas nak ke kedai beli semua tu. Yelah, sekarang orang hantar SMS dan MMS jer..saya pun tahu, Ucapan Raya zaman sekarang ni tak sama dengan dulu.

Kalau begitu saya ingin perkenalkan Kad Raya Digital yang dihasilkan oleh Team Kreatif kepada anda! Kualiti dan kepuasan anda dijamin!

Ada lebih dari 100 kad raya digital yang dipakejkan dan dijual dengan harga yang tersangatlah murahnya. Namun harga yang ditawarkan terhad untuk beberapa hari sahaja lagi!

http://www.kadraya.kedaikreatif.com/index.php?ref=salwahamzah

Kad Raya Digital dari Team Kreatif berlainan dari kad raya yang pernah anda tengok. Kad raya digital mereka semuanya dalam bentuk kartun yang comel dan kelakar.

Ia dilukis oleh 6 orang pelukis berbeza dan 4 orang designer menghasilkan rekabentuk grafik yang cantik. Ada 3 saiz semuanya. Saiz yang diberikan khas untuk dihantar menggunakan handphone, email dan tak lupa juga untuk print dan dihantar melalui pos!

http://www.kadraya.kedaikreatif.com/index.php?ref=salwahamzah

Bayangkan, ada 100 lebih design yang berbeza! Memang tak menang tangan untuk memilihnya! Syukurlah Team Kreatif sanggup jual dengan harga yang begitu murah. Tapi harga itu untuk masa yang terhad! Jangan terlepas peluang!

Milikinya sekarang!

http://www.kadraya.kedaikreatif.com/index.php?ref=salwahamzah


Baik, semoga anda mendapat manfaat dari email yang saya kirimkan ini. Saya tidak akan berkongsi perkara yang saya sendiri tidak suka! Tapi Kad Raya Digital dari Team Kreatif ini memang Eksklusif!

Sekian saja..

http://www.kadraya.kedaikreatif.com/index.php?ref=salwahamzah

Thursday, August 27, 2009

Panggilan Interview dari SPP

14hb August 2009 - Jumaat.
Aku pergi ke Pejabat Pos laju di Bacang Malim Melaka .. aku ingin mengambil dokumen yg tak dapat dihantar dirumah ku kerana waktu bekerja .. aku terfikir-fikir juga, siapa yang mengirimkannya.. kerana aku tiada menuggu apa-apa bungkusan atau dokumen yg dipesan ... bila pegawai yg bertugas menyerahkan saja dokumen tersebut .. aku terpaku seketika .. kerana aku dapat panggilan temuduga dari SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan .. panggilan temuduga utuk jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41. Tak sempat sampai rumah aku dah call hubby .. beritau terus atas kegembiraanku mendapat panggilan temuduga tersebut .. lepas aku call plak Effa .. tanya apa yang patut .. kerana setahu aku DH41 ini antara Politeknik ataupun Kolej Komuniti... jadi tanyalah apa yang mungkin ditanya.. begitu juga aku call kawan aku Suzey yang baru dapat kerja kat Politeknik .. tapi mereka bagitau pun.. panel penemuduga tersebut banyak bertanyakan soalan yg lebih kepada latar belakang bidang yang dipohon ataupun latar belakang yang ditemuduga ....

26hb August 2009 - Rabu.
Hari ini aku ada temuduga di Putrajaya .. selepas sahur aku terus bersiap untuk perjalanan ke Putrajaya bersama dengan suami ku.. anak-anak aku hantar awal ke rumah penjaga .. alhamdulillah perjalanan ke Putrajaya berjalan lancar dan aku sampai di Kompleks JPM lebih kurang pukul 8.00pg. Aku daftarkan diri di pos masuk dan terus menuju ke bilik temuduga .. sampai sahaja.. aku terus mendaftar dikaunter .. dan mendapat no 2003 iaitu peserta yang ketiga untuk Bilik 6... Pagi tu ku lihat tak ramai yang hadir ... mungkin ada yang dapat sesi tengahari & juga petang ... selepas no ku dipanggil ke bilik 6. Aku dengan tenang meletakkan file-file ku di atas meja penemuduga... .Setelah itu .. mereka meminta aku mencerita kan tentang diriku lah apa lagi ... aku un mula lah bercerita tentang diriku dan pengalaman ku yang pernah mengajar di Sekolah Menengah dan juga pengalaman ku ditempat sekarang ... Banyak soalan yang ditanya kan mengenai bagaimana untuk mengajar .. apa sifat-sifat yang perlu untuk mengajar dan perkara yang berkaitan dengan kepimpinan .. Dan juga kenapa aku mohon jawatan ini. Hahahaha .. aku jawab apa yang terlintas dikepalaku berdasarkan pengalaman ku mengajar dan juga bekerja .... Setelah selesai.. Yang aku harapkan hanyalah kuasa Allah semoga membuka hati penemuduga tersebut untuk menerima permohononku ini.. kerana ku telah berusaha untuk menjawab segala soalan yang ditujukan kepadaku sebaik-baiknya & hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berlaku selepas ini dan kuharapkan sesiapa juga yang membaca ceritaku ini akan mendoakanku semoga berjaya dapat jawatan ini .. Insya Allah.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA

Selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat .. semoga ramadhan tahun ini akan memberikan lebih rahmat & rezeki kepada kita semua dan juga dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih keinsafan & kesyukuran.. insya Allah...

Tahun ini Ramadhan yg tiba dan Syawal yg bakal menjelang ini lebih memberikan penuh makna kepada kami sekeluarga .. maklumlah akhirnya aku & family dapat juga menduduki rumah yang kami beli ... Alhamdulillah syukur ke hadart ilahi ... dan setelah berhempas pulas juga sambutan ramadhan tahun ni aku dapat membeli kereta yang baru ... tapi aku dan suamii tetap simpan kereta kancil yg sedia ada .. ini dapat memudahkan juga perjalananku & suami ke tempat kerja jika hari hujan atau pun jika aku perlu pulang lewat dari tempat kerja ... Ku lihat kegembiraan di wajah anak-anak ku kerana tahun ni juga begitu meriah buat mereka ... Si Balqis & Aunie setakat ni berpuasa penuh dari awal bulan ramadhan hari tu ... ku & suami juga tak sangka Aunie akan berpuasa tahun ni maklum lah baru 5 tahun .. tapi walaubagaimana pun aku & suami bangga juga kerana mereka tahan untuk berpuasa....

Puasa kali ni kami sambut di rumah baru .. petang Sabtu itu baru kami pulang ke kampung di Kluang .. heehehhee sampai di rumah ayah di Kampung Melayu .. memula dia tak sangka yg samai adalah kami, kerana kami memnag tak bagitau ayah, yang kami dah beli kereta baru .. tekejut ayah bila melihat kami yg keluar dari kereta... adik Farid juga masa kami ambil di stesen keretapi juga tak sangka yg menunggu di depan dia adalah kami ... jadinya petang itu ... kami semua diluar berborak tentang kereta yang kami baru beli sampai lah waktu berbuka ... Malam tu Aunie mengadu sakit perut ... tapi tak da yg membimbangkan sangat kerana masa buka puasa tu c Aunie memang tak nak makan .. so.. masa bangun sahur tu aku paksa dia makan supaya perutnya tak sakit .. kerana perut kosong .. ku sangkakan dia tak akan berpuasa pada hari kedua itu .. tapi Aunie dapat puasa penuh juga hari tu walaupun dalam keadaan yg tak berapa sihat .. Balqis kalah dengan Si Aunie .. kalau Balqis baru demam sikit pun dah tak nak makan walaupun kena paksa ... Mungkin juga Aunie sudah bersekolah .. bila sentiasa diingatkan tetang ibadah puasa .. tentang kelebihan bila berpuasa .. duit raya . baju raya... dia pun excited untuk menjalani ibadah puasa ... syukur alhamdulillah.. Semoga anak-anakku akan menjadi anak solehah dan berjaya menjadi seorang insan yg cemerlang hari ini esok dan selamanya.. Insya Allah.

Saturday, August 22, 2009

PERSONA ~ 21 Aug 2009 - my 1st car....










Persona Jiwa - itu yang aku namakan untuk keretaku yg pertama ... terasa satu kepuasan & kegembiraan ... bukan kerana aku baru dapat kereta .. tapi kerana aku dapat bukti kan satu kejayaan ... dengan JIWA Reality akan ku bukti lebih lagi kejayaan yang akan datang ... Insya Allah.

Wednesday, August 19, 2009

Rumah Baru ...

15 Aug 2009 - Alhamdulillah .. akhir impian kami untuk berpindah ke rumah baru tercapai jua akhirnya .. bertangguh dari seminggu ke seminggu akhirnya minggu ni tertunai juga ... Tak dapat digambarkan betapa gembiranya hatiku dan suami bila dapat duduk rumah hasil titik peluh kami sendiri ... kuberdoa semoga dengan melangkah kerumah baru ini akan bermula satu langkah baru menuju ke arah yg lebih membahagiakan dan ke arah kejayaan kami sekeluarga ... insya allah ...

Demam ..

bermula dari hari jumaat anak ku yg sulung dah demam ... tetiba suhu badan nyer petang tu naik mendadak .. balik kerja terus hantar ke klinik ... dapatkan rawatan segera .. musim H1N1 ni .. amat membimbangkan ... terutama kanak-kanak ... alhamdulillah ianya cuma demam biasa ... hari isnin pula ... dari pagi ku ditempat kerja batuk-batuk .. rakan sekerja ada yg dah mula hint-hint ... mereka pun berwaspada takut berjangkit ... aku ingatkan cuma .. batuk-batuk biasa jer .. sampai ke petang .. badan ku mula terasa seram sejuk dan menggigil ... apa lagi .. terus ambil medical chit di personal .. then terus ke klinik .. sah temp badan naik dan demam .. doctor terus bg MC .. dalam pada aku MC keesokkan harinya .. anakku yg sulung (BalQis) masih tak berapa baik demam .. still batuk2 dan tak selera nak makan .. malam tu pula anak ku yg ketiga (Najwa) demam .. badannya panas mulalah meragam sepanjang malam .. dan membuatkan ku juga tak berapa lena nak tidur .. budak kecil baru setahun lebih lagilah merengek ... badannyer panas .. ku bangun mandikannya di subuh hari untuk menghilangkan suhu panas badannya ... pagi tu jawabnya aku tak bekerja lah .. menjaga anak-anakku yg demam ... nak hantar pengasuh pun kesian .. pasal mereka pun ada anak kecil yang harus dilindungi .. pagi tu aku ke klinik kesihatan kerajaan pula .. aku & anak ku yg sulung dah kurang demamnya .. tapi anakku yg ketiga suhu badannya tinggi .. hingga terpaksa ambil darah ..dalam menguruskan anakku yg ketiga ... anakku yang kedua (Aunie) pula mula terasa pening kepala .. dan kepalanya mula panas (masa dirumah tak da menunjukkan tanda2 demam.. dan dia cukup aktif)... bila diambil suhu badannya .. memang menunjukkan suhu yang tinggi .. dah satu hariku di klinik kesihatan menguruskan anak-anakku ... jadinya cukup kami berempat demam .. ku harapkan agar suamiku tak lah juga demam ... jawabnya memang esok aku mengambil cuti lagi untuk menjaga anak-anakku yg demam. Dan ku harapkan semoga bos-bos aku dapat memahami situasiku ketika ini .. insya allah.

Tuesday, August 11, 2009

Erti kebebasan

10 Aug 2009 ... I decide for big thing.. hopefully I survive for that thing & success... Insya Allah...

Thursday, August 6, 2009

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://thefourweekstofreedom.com/?aff_id=4874 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/trendymoney

Translate