Wednesday, September 18, 2013

BENARKAH DOSA LEBIH MUDAH, PAHALA LEBIH PAYAH?


Dosa & maksiat memang 'best' dibuat. Pahala @ taat memang payah dilaksanakan. Tp benarkah kefahaman begini?

Dari dulu cikgu sekolah, ibubapa & motivator anjurkan kita cara berfikir jangka panjang. Begin with the End in Mind. Klu bahasa AlQuran 'walal a'khiratu khoirul laka minal uula' : akhir lebih baik dari awal.

Maksiat memang seronok tetapi hanya untuk short-term, kerana anda bakal merana untuk 'long-term'. Mencuri memang best tp bila ditangkap polis & merana dalam penjara 5 tahun tanpa bertemu keluarga, ketika itu anda faham kata-kata 'menyesal tak sudah'.

Solat malam memang sukar untuk 'short-term' tetapi fikirkan balasan 'long-term'nya : Allah berkati hidup. Rezeki dimudahkan. Hati sentiasa lapang & nikmat last sekali - bertemu Tuhan dgn wajah ceria. Semua ini 'priceless'.

Mungkin ada yg berfikir ketika bermaksiat 'alaaa, aku sorang je buat. Lantaklah tak kacau sesiapa pun. My life is my life, who cares?'.

Ya. Memang best cakap ikut hati (walaupun sebenarnya setan yg bagi idea tu). Tp fikirkan kesusahan yg bakal dihadapi bila bertemu Tuhan 'Face-to-face'.

Berani kita kata 'who cares' ketika itu?

Or, selama ini kepercayaan kita terhadap Tuhan hanya suam-suam kuku?

MORAL : Tuhan yang Maha Mengetahui telah share tips utk mudah lakukan kebaikan : You must believe ME first, barulah segala ketaatan kelihatan mudah. - Baqarah, 45-46.

P.S : Sharing ini ditulis, sebagai tools untuk kita selalu 'check & recheck' bateri iman. Share point ini, jika anda fikir ia boleh bantu 'charge' iman rakan2 lain.

- Ustaz Asraff Ayob-
- http://goo.gl/zPgG7N- check laman web ini cepat, kerana ada bonus 'tak pernah dibuat orang' ditawarkan.

No comments:

Post a Comment

Translate