Monday, September 28, 2009

Broadband wireless vs Streamyx line.

Salam Lebaran & Maaf Zahir Batin untuk Semua pembaca.

Memang setiap connection ada pro & kontra nyer .. kalau anda adalah pengguna internet dirumah tanpa ada urusan luar yg banyak mungkin streamyx line memang yang paling bagus .. saya antara pengguna broadband Cemcom yg pertama semenjak dia diperkenalkan. Setakat ni alhamdulilah tak da berdepan dengan banyak masalah kalau ditempat anda ada 3G connection ataupun GPRS. Cuma 3G akan lebih laju GPRS pula perlu menunggu lebih lama dari biasa ..

Biasa saya akan gunakan 3G connection only. ataupun jika tiada line 3G saya akan gunakan GPRS only saya tak menngunakan 3G atau GPRS preferred, kerana ia lambat. 3G or GPRS only Ianya akan hanya stick kepada 1 connection sahaja.

Sebelum saya menggunakan perkhidmatan streamyx dirumah. Saya memang pengguna broadband yg kerap kerana ada masa saya perlu keluar office dan masih perlu membuka & menjawab email yg penting dan juga perlu untuk menghantar artwork untuk supplier. Memang agak lambat untuk certain time, tapi masih boleh buka & reply email serta masih boleh buka dan download file di internet. Jika kurang liputan 3G saya akan gunakan GPRS dan ianya memang berfungsi. Saya suka gunakan broadband kerana boleh buka dimana-mana tempat saya berada.. walaupun dirumah sedara-mara atau pulang ke kampung tanpa perlu keluar cari connection lain, kecuali kalau tak boleh berhubung dgn internet dan memerlukannya segera saya akan ke tempat-tempat yg ada hubungan internet.

Untuk line streamyx memang setakat ini connectionnya memang the best .. kurang masalah line drop & masalah speed. tapi ianya sesuai untuk kegunaan dirumah.

Apa-apa pun 2-2 connection pun pada saya ada kebaikan & kelemahannya. Hanya kita kena mensesuaikan diri dgn kedua-dua hubungan tersebut. Ini adalah pengalaman saya sendiri.. terpulang lah kepada masing-masing nak gunakan hubungan internet yg mana .. Sekian

Friday, September 11, 2009

Ramadhan Special di Everly Resort Hotel Malacca









































































'MACAM-MACAM ADA' DI STRAITS VIEW CAFE.

Ramadhan tahun ini SVC memperkenalkan new tagline.. "Macam-macam ada' untuk Ramadhan Buffet Berbuka di Everly Resort Hotel Malacca. Pelanggan dapat menikmati pelbagai sajian masakan tempatan dan juga barat sebagai juadah berbuka puasa serta rasai kelazatan serta kenikmatan juga perkhidmatan yang sentiasa diberi keutamaan di sini. Berkonsepkan "stall style - international buffet menu' Ramadhan Special ini berlanjutan hingga 19hb September 2009. Straits View Cafe memberikan pilihan lebih 100 jenis menu istimewa disajikan setiap hari.

Menariknya, SVC menawarkan sajian yang jarang ditemui dibuffet berbuka yang biasa di hotel-hotel lain seperti pelbagai jenis kuih-muih & pastry, ulam-ulaman & halwa pembuka selera, lauk-pauk ala kampung, nasi lemak panas berlauk rendang, sushi, aneka bubur seperti pengat pisang, pulut hitam, bubur kacang merah, & bubur lambuk serta bubur nasi dengan pelbagai tambahan seperti ikan bilis, ikan masin dan banyak lagi. Selain itu juga SVC menyediakan pelbagai jenis buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.

Pendek kata "Macam-macam ada" memberikan begitu banyak pilihan untuk berbuka dengan kadar harga RM 40++ untuk dewasa & RM 20 ++ untuk kanak-kanak & warga emas.

Disamping itu juga.. sambil menikmati juadah berbuka puasa kita juga dihiburkan dengan alunan gemersik petikan gambus persembahan Ghazal yang menemani sepanjang waktu berbuka disepanjang bulan Ramadhan ini.

Untuk tempahan & pertanyaan sila hubungi: 06-315 3888 samb:4811 atau hubungi En Khosin 017-6026726 & Chef Romzi 012 4803844.

Friday, September 4, 2009

Pensijilan Halal - Pengusaha produk makanan & barangan utk keguaan orang Islam & premis makanan dan rumah sembelihan di negeri Melaka


Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan dan Logo Halal kepada pengusaha produk makanan dan barangan untuk kegunaan orang Islam, premis makanan dan rumah sembelihan di negeri Melaka.


Pengeluaran Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini adalah tertakluk kepada kepatuhan terhadap Garis Panduan Makanan, Minuman dan Barang Gunaan Orang Islam, Garis Panduan Penyembelihan dan Stunning Menurut Islam dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Kategori Pengesahan Halal dan senarai Pemegang Pengesahan Halal yang diberikan ialah:

  • Produk Makanan dan Barangan Gunaan Islam : 70
  • Premis Makanan dan Minuman : 25
  • Rumah Sembelihan : 2

Berikut adalah senarai premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Negeri Melaka:

1. Melaka Watercity Resort
2. GC Café
3. Syarikat Dusun Tropika Sdn. Bhd.
4. Restoren Selera Idaman Rasa
5. Southern Fried Chicken
6. Naza Hotel Melaka
7. The Legacy Hotel Melaka
8. The Emperor Hotel Malacca
9. A’famosa Golf Resort Berhad
10. Hotel Seri Malaysia Melaka
11. Hotel Ancasa MITC
12. Restoren Chicken King
13. Mahkota Medical Centre Sdn. Bhd.
14. Indori Restaurant Sdn. Bhd.
15. Stor Tawakal Sdn. Bhd.
16. AMZ Resort (Melaka) Sdn. Bhd.
17. Famosa Chicken Rice Ball
18. Straits Meridian Hotel
19. Hotel Orkid Melaka
20. Hotel Sri Costa Sdn. Bhd.
21. Lee Yoon Pin GS Love Café
22. Renaissance Melaka Hotel
23. Puteri Resort Ayer Keroh
24. Hotel Equatorial
25. Premier Café
26. Star Harvest Catering
27. Everly Resort Hotel Melaka
28. Gerai Makan Claypot
29. The Windmill Station
30. IIUM Resort Sdn. Bhd.
31. The Semabok Inn Sdn. Bhd.
32. Mahkota Hotel Melaka
33. Octo Jet Sdn. Bhd.
34. Bayview Hotel Melaka
35. D’subha Multi Industries (M) Sdn. Bhd.
36. Geetham Digital Sounds Sdn. Bhd.
37. Nasi Ayam CT
38. Hotel Grand Conyinental
39. Hotel Puri Melaka
40. Restoren Nasi Ayam Bebola
41. Ismail Food Enterprise
42. Jendela Nusantara Sdn. Bhd.
43. Selera Ayer Keroh
44. US Pizza (Malacca) Sdn. Bhd.

Sila layari laman web rasmi Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pensijilan Halal.

Thursday, September 3, 2009

KEBERSIHAN DI DAPUR by TryMasak

Kebersihan harus diberi perhatian kepada tempat penyediaan masakan dan paling penting, kepada tukang masak. Basuh tangan dengan air suam dan sabun selama 20 saat, sebelum menyediakan makanan dan selepas menyentuh daging mentah. Rambut dalam keadaan kemas, samada diikat atau ditutup. Pastikan sebarang luka di tangan tidak dibiar terbuka. Jika terdapat luka yang boleh berjangkit, jangan teruskan memasak.

Kawasan memasak mestilah bersih dan kemas. Basuh permukaan kawasan memasak dengan campuran 1 sudu besar peluntur klorin dan 1 liter air, atau menggunakan produk pencuci dapur. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria.

Selain itu, tuala dapur dan span juga harus dipastikan bersih. Apabila basah, ia akan membiak bakteria. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu dengan air panas.

Sementara itu, sekali-sekala sink harus dibersihkan dengan campuran 5ml peluntur dan 1liter air, atau produk pencuci dapur. Sisa makanan yang terperangkap di dalam saluran sink beserta keadaan yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Gunakan papan pemotong yang diperbuat dari kayu keras atau plastik, dan tidak mempunyai retak. Elakkan papan pemotong yang diperbuat dari bahan lembut. Basuh papan pemotong dengan air panas, sabun, dan berus skrub. Bersihkan lagi menggunakan campuran peluntur dan air tadi. Papan pemotong harus dibersihkan dengan rapi selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam, dan juga sebelum digunakan untuk makanan yang sedia untuk dimakan. Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah, dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.

Basuh permukaan tin makanan sebelum dibuka untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam makanan. Bersihkan bilah pembuka tin selepas setiap penggunaan. Mesin pengisar harus dibuka dan dibersihkan sejurus selepas digunakan.

Jangan letakkan daging yang telah dimasak di atas pinggan yang belum dibasuh, atau bekas yang diletak daging mentah.

Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sekata dengan air suam. Jangan gunakan sabun atau pencuci. Adalah lebih baik menggunakan skrub kecil untuk menanggalkan kotoran di permukaan.


Rujukan:
http://www.cfsan.fda.gov/~dms/qa-topfd.html
http://www.homewerkssa.com

Wednesday, September 2, 2009

H1N1 - Wabak ini semakin rakus! Adakah anda sudah bersedia menangani & mencegahnya?



Salam hormat dan salam sejahtera,

Kami harap anda dapat membaca informasi dibawah.
Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda.

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=salwahamzah

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita,
Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat
membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini
tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya
atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Dalam hal ini, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini.
Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana
yang menekan ini. Kami amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianya
berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, kami juga telah mengambil
langkah pencegahan yang sepatutnya.

Kami tahu, pada masa ini ramai yang ingin menghulurkan bantuan.
Tetapi, masalahnya vaksin bagi virus masih belum ditemui. Dan ianya
dijangka pada penghujung Oktober ini. Kami harap ramai yang masih mampu
bertahan pada masa ini. Disini juga kami ingin memberikan sebuah laporan
percuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda.
Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini. Inilah yang mampu
kami bantu buat masa ini dengan menyediakan informasi yang diperlukan orang ramai.

Anda boleh dapatkan disini:

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=salwahamzah

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=salwahamzah

(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Jika [anda juga merasakan informasi ini berguna,
sila edarkan kepada rakan-rakan anda
Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti.

Semoga bermanfaat...!

Bersama kita mencegah H1N1 ini...

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=salwahamzah


ikhlas

Salwa Hamzah
http://www.salwahamzah.blogspot.com
http://www.salwahamzah.com
http://jiwa2u-reality.blogspot.com

Translate