Showing posts with label ibu dan anak. Show all posts
Showing posts with label ibu dan anak. Show all posts

Friday, December 27, 2013

SETAHUN BERLALU .... Dec 2012 - Dec 2013

Setahun berlalu ...
Meningkat setahun lagi ...
Derita berlalu ..
Kenangan lama hanya memori kini ...

Setahun berlalu ..
dikenang hanya sebagai penginsaf diri ...
Bahagia datang ..
Tanda Allah masih menyayangi ...

Setahun berlalu ..
Banyak yang bahagia dari derita ..
Bersyukur sentiasa
Semoga Allah tetap dihati kita ...

Setahun berlalu ..
Ku maafkan segalanya ..
Memori bersama semoga menjadi kenangan terindah untuk kita ..

Kita merancang .. Allah jua perancang terbaik ..
Kita merancang .. Allah lebih mengetahui yang mana yang terbaik ..

Semoga Allah Redha ..

#SalwaHamzah | 26 Disember 2013 |

Ya Allah Kaulah Yang Maha Esa serta Maha Bijaksana ..
Kaulah Segalanya, Kaulah Maha Pengampun & Maha Mengasihi
Wahai Pemegang Segala Isi Alam, kau tetapkan hati ku mengingati mu
Ya Allah, Kau tetapkan lah imanku, Kau tetapkan yang terbaik untuk ku ... Kau peliharalah Anak-anakku Nurul Balqis, Nurul Aunie & Nurul Najwa dalam peliharaan kasih sayang mu Ya Allah. Kau rahmatilah mereka supaya dapat menjadi anak-anak yang Solehah & dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan pertolongan dan sentiasa berkasih sayang kerana mu Ya Allah. Allahumma Solli A'la Muhammad .. waa'la alihi wasohbihi wassalam .. Amiiin...amiin... Ya Rabbal A'lamin
feeling Syukur Allah Masih menyayangi walau diri diuji.

Thursday, September 19, 2013

JANGAN TEGUR ATAU MARAH ISTERI DEPAN ANAK-ANAK


Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak. Kalau suami komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambil tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana bapa(suami) tak respek isteri.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya.

Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya. Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek! Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah.

Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita! Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba cek balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak!

Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

Sama-sama kita fikirkan… Faham ke Faham :)

Translate