Wednesday, October 9, 2013

MENGAPA ALLAH CIPTA NERAKA? SEBAB DIA TAHU KITA BERMENTALITI 'BANYAK COMPLAIN'.

 
Antara perkara yang dipersoalkan tentang neraka ialah : 'mengapa neraka begitu dasyat azab siksanya? Kesian kat kita, kan?

Saya akan berikan jawapan 'why'nya melalui perspektif ini :

Bayangkan kita di posisi majikan, mengambil pekerja kurang mahir. Atas rasa belas-kasihan tinggi, kita membayar gaji lebih dari sepatutnya walaupun hasil kerjanya entahapaapa. Kita tetap yakin dengan niatnya ingin berubah. Hantarnya ke seminar & kursus. Bersabar membimbingnya walaupun dia lambat faham. Then yang paling best, kita siap tawarkannya peluang J.V bisnes agar dia ada 'future' & income lebih baik.

Tetapi pekerja begini 'tak makan saman'. Kedatangan selalu lewat. Ketika bekerja tidak fokus. Lebih banyak bersembang & melilau sahaja. Bila ditegur dia komplen, mengumpat di belakang & tak mahu perbaiki diri. Asyik salahkan boss yg demand tinggi, katanya. Padahal hasil kerja amat cincai-boncai.

Mentalitinya 'below the line' : penuh dgn sikap 'blame, excuse & denial'. Disebabkan tiada sikap bersyukur kpd Tuhan dgn peluang yg ada, dia sering menuding jari kpd org lain atas kelemahannya, bukan menuding jari kpd diri sendiri.

One fine day, dia pun diberikan ultimatum : surat berhenti kerja. Boss berkata 'kamu diberhentikan bukan sebab saya tak sukakan kamu, tetapi kamu TIDAK MENGHARGAI peluang yg ada.

MORAL : Tuan-puan semua. Begitulah cara kita melayan Tuhan. Begitu banyak nikmat & anugerah diberikan, tetapi kita asyik membalasnya dgn sungutan & tidak bersyukur. Layaklah Tuhan berkata :

'Saya tak pernah berniat nak zalimi kamu dgn neraka ini, tetapi sebenarnya KAMULAH yg zalimi diri sendiri' - Hud, 101.

Kita zalim kerana tidak bersyukur kpdNya.
Kita zalim kerana tidak berfikir positif ketika hidup.

Berita baiknya, ketika kita membaca sharing ini, kita masih hidup. Masih punya kesempatan utk berubah, utk bersyukur, think positive & belajar menghargaiNya.

Ini kerana, 'intention' Tuhan mencipta manusia bukannya nak sumbat dlm neraka, tetapi nak bertemu semuanya di syurga happiliy forever.

Doakan kita sampai ke tujuan itu, Amin.

- Ustaz Hj Mohd Asraff Ayob Al-hafiz-
- Fb : UstazAsraff
Kepakaran beliau ialah membantu masyarakat yg ingin rapat dengan Al-Quran tetapi tidak tahu nak bermula dari mana dengan menawarkan produk DVD berkualiti tinggi yg menekankan 3 perkara : mahir baca Quran, hafaz dengan mudah & fahaminya sepenuh hati. Kuasai semua ini dari rumah sahaja bersama keluarga. 
Dapatkanya segera dengan melayari http://goo.gl/YOeDHS

No comments:

Post a Comment

Translate