Monday, January 24, 2011

24 JAN 2011

Salam semua,

Hari ni macam biasa rutin pagi siapkan Along & Angah untuk ke sekolah .. & hantar mereka ke sekolah. Najwa juga terus ku hantar ke Manjaria, kerana aktiviti hari aku harus ke tempat client untuk memantau apa yang patut seperti biasa, la maklumlah Rabu sudah berada di kampung kerana menguruskan adik ipar yang akan berkahwin.

Di office agak sibuk sedikit hari ini, tapi masih lagi boleh hadapinyer dengan ceria. Tarik network cable bersama seorang budak maintenance yg baru bernama Sheikh Firdaus, ku harap kami dapat bekerjasama dengan baik dalam melakukan tugas-tugas yg sedia ada & dia dapat membantuku di office ketika ketiadaanku. Sebelum ini pun memang dia ada praktikal bersama contractor telekom yang berkaitan juga dengan network, sekurangnya dia boleh recall semula apa yang dia pernah buat.

Hari ini juga aku siapkan design untuk 4th Annual Dinner Everly Resort .. untuk kad jemputan, poster & juga poster hiasan untuk majlis itu nanti, alhamdulilah semua settle walaupun hingga jam menunjukkan jam 8:00mlm.. Yang pasti aku kena bereskan hari ini juga memandang aku akan berada diluar kawasan sepanjang minggu ini nanti.

Settle satu bab untuk hari ini, dan satu hari lagi menantiku esok, dah tentu hari ini lebih baik dari semalam dan aku harap, esok juga menantikan kebahagiaan & kesejahteraan Insya Allah.


Saturday, January 22, 2011

Permulaan Tahun 2011



Salam semua..
Dah lama rasanya tak bercerita disini .. bukan tak ingat bukan tak da masa .. cuma keadaan kurang mengizinkan untuk mengolah ayat di blog nih..

Almaklumlah. sibuk dengan freelance nyer keje ... sebagai designer & juga IT support .. dan juga yang paling utama kerja sebagai surirumah, isteri kepada my hubby dan juga mama kepada my 3 Powerpuff girl yang comel2 tu ..

Dari bulan Disember tahun lepas lagi dah mula sibuk dengan kerja-kerja yang sentiasa memerlukan perhatianku.. Jaga server client system up & down, upgrade server RAM, pantau Wifi nyer connection & juga CCTV yang mesti sentiasa berfungsi.. Semenjak menjadi IT support ni kurasakan sesuatu yang mencabar minda & body .. bila berlaku sesuatu masalah .. mesti nak kena fikir jalan penyelesaiannya, itu jika hanya berhadapan dengan system, tapi bila ianya berhadapan dgn network cabling pula, kena lah pula panjat sana, panjat sini bersama dgn maintenance untuk mencari punca masalah nya. Tetapi rasa cabaran tu semua memahirkan lagi skil-skil yang ada.. dan sentiasa dapat belajar sesuatu yang baru.. Alhamdulillah Allah masih berikan ku semangat untuk tidak berhenti menimba ilmu pengetahuan, walaupun tidak dapat sijil.. hehehehe.

Dalam masa yang sama juga sibuk menguruskan 3 Powerpuff girl ku yg semakin membesar, Sessi persekolahan kali ini, 2 orang anakku sudah memulakan persekolahan di Sekolah yg baru (Sek. Keb Tanjung Minyak) Nurul BalQis Tahun 3 & Nurul Aunie berada dia Tahun 1. Bagi Nurul Balqis yg berada di Tahun 3 adalah persekitaran sekolah yang baru kerana tahun ini dia berada disekolah yg baru, sedih dia kerana meninggalkan kawan2 yang dah 2 tahun belajar bersama di Sek. Keb Cheng. Walaubagaimanapun dia mudah untuk mendapatkan kawan2 yang baru disekolah baru .. Bagi Nurul Aunie pula walaupun baru belajar di Tahun 1, dia dapat kawan yg ramai kerana masih lagi berjumpa dengan kawan2 nyer dari Tadika Jaim dahulu.. walaupun sesat barat untuk mencari kelas tapi dia tak nampak mudah putus asa untuk ke sekolah... Maklumlah selama ini hanya memerhatikan kak Long nye sahaja yang dapat duit belanja, dia terasa teruja kerana dapat apa yang selama ini hanya diperhatikan apa yang Kak Long dia lakukan disekolah. Nasib baik juga ada kakak yang bersekolah bersama untuk membantu adiknyer yang baru pertama kali jejakkan kaki ke sekolah kebangsaan & sekolah agama.

Bagi Nurul Najwa pula, 7 january yang lepas genaplah umurnya 3 tahun, semakin lincah, nakal dan bertenaga setiap hari.. sekarang dia dah ada hobi baru, mengacau kakak main komputer games, bila dia dah menghadap jawab nya kakak2 kena ketepi .. kalau tak satu rumah akan dengar jeritannya.. Cuma masalah nya lambat bercakap, apa yang kita katakan hampir semua dia faham cuma bila minta dia bercakap jawabnya aku bercakap macam ayam & itik lain bahasa.. hahahaha .. tapi keletah nya tetap membuat aku gembira setiap hari berada disisi nya melihat dia membesar didepan mata selepas ku mengambil keputusan untuk memulakan kerjaya ku hanya dari rumah. Banyak lagi aku kena pelajari untuk menjadi seorang yang mama yang memahami kerenah anak2ku yang semakin hari semakin cerdik dengan persekitaran moden sekarang.

ku berdoa semoga anak2 ku akan menjadi muslimah serta pelajar yang solehah dalam menuntut Ilmu pengetahuan dan dapat mengharungi setiap detik kehidupan yang semakin mencabar ini.

akanku sambung lagi dilain masa dan ketika .. nak sambung kerja .. :)

Thursday, January 13, 2011

Alarm Me !: Mata Lalat atau Mata Lebah

Alarm Me !: Mata Lalat atau Mata Lebah: "Pernahkah berpeluang melihat mata lalat atau mata lebah? Jika pernah, tahniah. Saya rasa jarang-jarang ada orang yang mengambil kesempatan u..."

Translate