Monday, January 24, 2011

24 JAN 2011

Salam semua,

Hari ni macam biasa rutin pagi siapkan Along & Angah untuk ke sekolah .. & hantar mereka ke sekolah. Najwa juga terus ku hantar ke Manjaria, kerana aktiviti hari aku harus ke tempat client untuk memantau apa yang patut seperti biasa, la maklumlah Rabu sudah berada di kampung kerana menguruskan adik ipar yang akan berkahwin.

Di office agak sibuk sedikit hari ini, tapi masih lagi boleh hadapinyer dengan ceria. Tarik network cable bersama seorang budak maintenance yg baru bernama Sheikh Firdaus, ku harap kami dapat bekerjasama dengan baik dalam melakukan tugas-tugas yg sedia ada & dia dapat membantuku di office ketika ketiadaanku. Sebelum ini pun memang dia ada praktikal bersama contractor telekom yang berkaitan juga dengan network, sekurangnya dia boleh recall semula apa yang dia pernah buat.

Hari ini juga aku siapkan design untuk 4th Annual Dinner Everly Resort .. untuk kad jemputan, poster & juga poster hiasan untuk majlis itu nanti, alhamdulilah semua settle walaupun hingga jam menunjukkan jam 8:00mlm.. Yang pasti aku kena bereskan hari ini juga memandang aku akan berada diluar kawasan sepanjang minggu ini nanti.

Settle satu bab untuk hari ini, dan satu hari lagi menantiku esok, dah tentu hari ini lebih baik dari semalam dan aku harap, esok juga menantikan kebahagiaan & kesejahteraan Insya Allah.


No comments:

Post a Comment

Translate