Thursday, January 21, 2010

Tahun 2010

Banyak perkara yang berlaku awal tahun ni .. tapi tak tau lah kenapa susah betul nak susun ayat untuk dijadikan critera ... Dari jadi seorang freelance designer sambil tu juga aku bekerja di sebuah company yang akan mengendalikan sebuah Water Theme Park & Hotel, aku tetap meneruskan kerjaya sambilanku. Walaupun sibuk dengan menguruskan ketiga-tiga puteriku yg semakin meningkat naik tuh... aku tetap cuba bertahan untuk memastikan setiap kerja yang kulakukan diselesaikan dengan baik dan juga memuaskan semua pihak.. kerana aku tak nak berlaku yang dikejar tak dapat yang dikendong pula berciciran ... baik kerja sambilan ataupun tetap 2-2 nyer memerlukan komitmen dari aku...

Nasib baik bulan ni tak terlalu banyak kerja on call untuk tempat server yang aku jaga. Walaupun dalam keadaan mereka yang menggunakan generator, main server tetap meneruskan aktivitinya seperti biasa, diharap terus ok tanpa masalah yang berat, insya Allah.

Untuk kerja designer pula, untuk bulan ni agak kurang permintaan, kerana boss yang biasa bagi aku job tu bercuti panjang pula bulan ni, tapi aku masih ada design lain yang perlu disiapkan.

Ditempat kerja yang satu lagi pula aku sedang sibuk menguruskan hal promosi theme park tersebut yang bakal soft launch kemungkinannya pada bulan February 2010 ini. Banyak kerja yang perlu dilakukan memandang bulan February 2010 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Tapi masih banyak yang pending berikutan boss aku plak cutiiiiii... oh tensionn sungguh..

Walau apa pun yang berlaku sempena dengan Maa'al Hijrah dan juga Tahun baru 2010 dan juga bakal menyambut tahun baru cina ni, aku berdoa kehadrat ilahi semoga permulaan tahun ni akan memberi ruang rezeki yang luas kepada ku & keluarga dan permudahkan segala urusan ku untuk meneruskan perjuangan memaju diri & perniagaanku ke tahap yang lebih cemerlang, Semoga Tahun ni akan memberikan impak yang besar dalam perjalanan kareer ku, Insya Allah.

Translate