Friday, September 20, 2013

Mommy sayang kamu

AJAIBNYA SEDEKAH




Sesungguhnya Allah Taala menggandakan dikalangan kamu (pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar gunung Uhud

Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah
-Riwayat Ahmad-

Mari kita nukilkan kembali kisah para sahabat dengan amalan sedekahnya. Mereka bersedekah ibarat angin yang bertiup. Tidak berhenti-henti dan tanpa jemu walaupun pada saat mereka sendiri serba kekurangan. Sungguh hebat keimanan mereka. Moga-moga ia akan meningkatkan lagi kemahuan kita untuk mengeluarkan harta kita didunia untuk menjadi simpanan di akhirat.

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahrah dan bertanya:"Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?".
Fatimah menjawab:"Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Hussain".
Ali berkata:"Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan".

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata:"Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?". Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya:"Wahai Fatimah, mengapa kamu menangis?".

"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa", kata Fatimah. Ali menjawab:"Aku meminjamkan wang itu kepada Allah". Fatimah berkata:"Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu".

Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di tengah-tengah jalan seorang Arab Badawi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata:"Wahai aba al-Hassan, belilah unta ini".

Ali berkata:"Saya tidak mempunyai wang"."Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badawi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja".

"Baiklah, saya beli", kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badawi lain menghampirinya dan bertanya:"Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?". "Ya",jawab Ali.

"Berapa?", tanya Badawi itu. "300 dirham", jawab Ali. "Baiklah saya beli", kata Badawi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya:"Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?". "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga 300 dirham", jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata:"Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?".

"Kamu sahajalah yang bercerita, wahai Rasulullah", kata Ali. "Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badawi yang menjual unta dan Badawi yang membeli unta daripada kamu tadi?", Ali menggeleng:"Tidak, Allah dan Rasul yang lebih tahu".

Nabi menjelaskan:"Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan 6 dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badawi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail".

Cetusan hati
Memberi itu memang sukar dilakukan melainkan bagi hati yang telah terdidik untuk mudah menghulur. Pengalaman penulis dan mungkin anda semua juga pernah merasai perasaan apabila kita memberi. Memang pada zahirnya, orang yang menerima pemberian kelihatan gembira, tetapi hakikatnya di hati pemberi itu lebih gembira. Nikmat yang mungkin tidak kelihatan seperti nikmat. Akhir kata, penulis ingin meminjam moto Ust. Hasrizal yang sikit sebanyak menjentik hati ini untuk tidak lokek untuk memberi kerana "erti hidup pada memberi".
salinan dari : hadi87.blogspot.com 

AJAIBNYA SEDEKAH BILA DIJADIKAN AMALAN :)



Sesungguhnya Allah Taala menggandakan dikalangan kamu (pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar gunung Uhud

Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah
-Riwayat Ahmad-


Biasanya anak sakit , sebagai ibu bapa kita akan mula risau. Orang yang menjadi rujukan utama kita ialah tuan doktor. Jika nasib yang baik, doktor tersebut akan nasihatkan perkara yang baik supaya si ibu mahupun si bapa akan tenang semula. Jika nasib kurang baik, ada doktor yang akan menyarankan perkara yang kadang-kadang diluar jangkaan kita dan bila perkara demikian berlaku semestinya kita perlu dapatkan nasihat doktor yang kedua [ 2nd opinion].

Namun ingin saya kongsikan satu perkara yang bagus untuk diamalkan....saya masih ingat lagi saya mendapat ilmu ini dari ceramah pagi di radio [ maaf saya terlupa ustaz mana yang kongsikan petua ini] ...Apa kata ustaz tersebut?
Bila anak sakit, mak bapak akan terus cari doktor....ianya merupakan satu kesilapan. Hakikatnya penyakit itu datang dari ALLAH. Maka kepada ALLAH kita utamakan. Alangkah bagus jika dijadikan amalan, apabila anak sakit, hantarkan sedekah. Sedekah pada tabung masjid atau anak-anak yatim atau golongan asnaf. Kenapa kita digalakkan sedekah?

Hakikatnya anak sakit adalah teguran dari ALLAH. Adakala kerana kita terlalu alpa atas urusan dunia, maka kita diuji dengan anak yang sakit. Anak ini memerlukan lebih perhatian sebenarnya.

Kisah yang menarik hendak dikongsi:

Asfaza [ bukan nama sebenar] beliau adalah seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta yang bekerja sebagai kerani. Beliau sering menggunakan harta benda pejabat untuk kepentingan peribadinya. Tidak kurang dari itu, beliau sering menggunakan masanya apabila bos tiada dipejabat dengan mencari pendapatan sampingan. Beliau mempunyai tiga orang anak....dua  anaknya sering demam dan seorang lagi perkembangan otaknya lambat. Bermacam ikhtiar yang dilakukan demi memastikan anak-anaknya sihat. Ditambah beliau sering mengambil cuti menguruskan anak-anaknya yang sering sakit. Sehinggalah beliau ditegur oleh seorang rakan sekerja yang prihatin dengan keadaannya. Teman ini menasihatkan agar amanah dalam menjalankan tugas walau hanya seorang kerani. Beliau mencari pendapatan sampingan namun menggunakan harta pejabat...maka hasilnya tetap salah. Niat Asfaza mungkin baik kerana nak cari duit lebih menyara keluarga namun caranya tetap salah kerana menggunakan masa pejabat ditambah penggunaan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Teman sekerjanya juga menggalakkan beliau memberi sedekah atas niat kesihatan untuk ketiga tiga anaknya. 
Semenjak dari itu Asfaza insaf...beliau cuba elakkan menggunakan masa kerja dan harta pejabat untuk pencarian pendapatan sampingannya selain beliau banyakkan bersedekah atas niat si anak tadi. Kini anaknya semakin sihat, jarang sakit dan Asfaza beroleh ketenangan.

Terutama mereka yang bekerja, adalah menjadi amanah untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pekerjaan yang diamanahkan ...namun adakala kita alpa, kita tidak lakukan dengan baik maka tidak mustahil anak sakit adalah kifarah atas perbuatan kita sendiri?

Kadangkala kita datang lambat, adakala masa bekerja kita gunakan untuk berbiz MLM, adakala dalam berjual kita tidak jujur, adakala duit kita tidak digunakan pada jalan ALLAH....semua itu adalah antara kesilapan yang tidak kita sedari dan akhirnya anak yang mendapat kifarah....

Hanya kita sahaja yang tahu diri kita...tak perlu tanya orang lain. Jangan sesekali menyalahkan takdir...aturan ALLAH adalah yang terbaik. Bila anak sakit, hakikatnya kita perlu balik kepada ALLAH kerana penyakit itu datang dari ALLAH jua.

Apa kata, mulai saat ini, kita jadikan amalan pada setiap bulan apabila kita menerima gaji...kita sediakan bahagian sedekah atas niat moga anak kita sihat, dijauhkan dari segala yang tidak baik dan selamat aqidahnya dan selamat dunia dan akhirat. InsyaALLAH kita akan ditemukan dengan pintu hikmah dan betapa ajaibnya amalan sedekah itu.

#Forum Tasik-Puteri

Thursday, September 19, 2013

JANGAN TEGUR ATAU MARAH ISTERI DEPAN ANAK-ANAK


Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak. Kalau suami komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambil tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana bapa(suami) tak respek isteri.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya.

Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya. Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek! Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah.

Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita! Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba cek balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak!

Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

Sama-sama kita fikirkan… Faham ke Faham :)

Wednesday, September 18, 2013

BENARKAH DOSA LEBIH MUDAH, PAHALA LEBIH PAYAH?


Dosa & maksiat memang 'best' dibuat. Pahala @ taat memang payah dilaksanakan. Tp benarkah kefahaman begini?

Dari dulu cikgu sekolah, ibubapa & motivator anjurkan kita cara berfikir jangka panjang. Begin with the End in Mind. Klu bahasa AlQuran 'walal a'khiratu khoirul laka minal uula' : akhir lebih baik dari awal.

Maksiat memang seronok tetapi hanya untuk short-term, kerana anda bakal merana untuk 'long-term'. Mencuri memang best tp bila ditangkap polis & merana dalam penjara 5 tahun tanpa bertemu keluarga, ketika itu anda faham kata-kata 'menyesal tak sudah'.

Solat malam memang sukar untuk 'short-term' tetapi fikirkan balasan 'long-term'nya : Allah berkati hidup. Rezeki dimudahkan. Hati sentiasa lapang & nikmat last sekali - bertemu Tuhan dgn wajah ceria. Semua ini 'priceless'.

Mungkin ada yg berfikir ketika bermaksiat 'alaaa, aku sorang je buat. Lantaklah tak kacau sesiapa pun. My life is my life, who cares?'.

Ya. Memang best cakap ikut hati (walaupun sebenarnya setan yg bagi idea tu). Tp fikirkan kesusahan yg bakal dihadapi bila bertemu Tuhan 'Face-to-face'.

Berani kita kata 'who cares' ketika itu?

Or, selama ini kepercayaan kita terhadap Tuhan hanya suam-suam kuku?

MORAL : Tuhan yang Maha Mengetahui telah share tips utk mudah lakukan kebaikan : You must believe ME first, barulah segala ketaatan kelihatan mudah. - Baqarah, 45-46.

P.S : Sharing ini ditulis, sebagai tools untuk kita selalu 'check & recheck' bateri iman. Share point ini, jika anda fikir ia boleh bantu 'charge' iman rakan2 lain.

- Ustaz Asraff Ayob-
- http://goo.gl/zPgG7N- check laman web ini cepat, kerana ada bonus 'tak pernah dibuat orang' ditawarkan.

Tuesday, September 17, 2013

KEBAHAGIAAN PALING BERMAKNA : BANTU ORANG LAIN BERUBAH

KEBAHAGIAAN PALING BERMAKNA : BANTU ORANG LAIN BERUBAH

Dalam hidup, kita sering tercari2 erti kebahagiaan. Ia pula kerap dicari dari sumber ini :

- Kebahagiaan material : kita bahagia bila duduk di rumah yang selesa, besar & nyaman, ditemani kereta yang cantik dipandang & selamat dipandu.

Tetapi nasihat cerdik-pandai, kebahagiaan seperti itu tidak kekal lama, bahkan ia mungkin bakal berkongsi malapetaka. Bila kereta mahal digores orang, kita mungkin murung seminggu. Andai telefon tercanggih terhempas & rosak, muka yang ceria sekelip mata bertukar muncung berduka.

Maka, apakah kebahagiaan yang lebih tinggi dari semua itu?

Ia dipanggil : SPIRITUAL HAPPINESS. Rasa bahagia bila membahagiakan orang lain. Rasa bahagia bila telah berbuat sesuatu untuk 'membahagiakan' Tuhan.

Dan caranya mudah. Cukup anda 'halalkan' duit baki belian mee rebus makcik tepi jalan, terima kasihnya yang tak putus mampu memberi efek bahagia. Dan ia lebih luarbiasa kerana efeknya berganda : bahagianya berpanjangan plus pahala & barokah Tuhan.

Bahagia bila melihat orang lain berubah, dari tidak tahu kpd tahu. Dari zero kepada hero. Itu juga antara jenis kebahagiaan yang ingin kita cari. Tidak ada yg lebih bermakna dlm hidup bila melihat orang lain berjaya hasil usaha kita. Kata orang putih - priceless.

Maka HARI INI, kami ingin membantu berkongsi bahagia. Sudah ramai yang menulis emel 'kebahagiaan' kpd kami, banyaknya perubahan ilmu AlQuran yg mereka perolehi via PIQ (Pakej Inspirasi Qurani). Mereka amat ingin jika PIQ dimiliki sama oleh mereka yang dicintai spt anak, rakan karib, saudara, sekolah lama dll.

Untuk itu, kami menawarkan pembelian PIQ 1+1. Anda beli 1, kami poskan kpd anda bukan 1 tetapi 2 set PIQ. Tujuannya ialah, satu untuk anda, satu lagi untuk ANDA HADIAHKAN kpd mereka yg tercinta/perlukan ilmu dari set DVD ini.

Gunanya ialah : mari kita sebarkan kebahagiaan dgn AlQuran. Mari kita bantu lebih ramai ummah 'gembira' kerana lorong untuk dampingi Tuhan via Quran terbuka luas.

Layari : http://goo.gl/pc63Lc segera utk dptkan maklumat lanjutnya.

P.S : mohon bantu share point ini, agar kita semua dibahagia & diberkahi Tuhan kerananya.


#Mohammad Asraff Ayob 

http://goo.gl/pc63Lc
 

Thursday, September 12, 2013

Top Affiliate #1 Malaysia Bongkar Rahsia!

Salam hormat.

Nampaknya hari ini Super Affiliate atau Top Affiliate #1 di Malaysia, Tuan Razif Yusof telah meletupkan arena perniagaan internet dengan memberi hadiah kepada semua orang!

Sebuah laporan percuma (hanya perlu isi nama dan email) yang berkualiti telah mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjana 5 angka sebulan dengan hanya promosikan produk orang lain di internet.

Mudah kata, beliau hanya bekerja dari bilik tidur, berkain pelikat, menggunakan sebuah laptop kecil dan tak perlukan produk sendiri.

Tak perlu lagi buang masa.

Baca sendiri pendedahan rahsia sulit beliau ini di laman web ini:

--& http://goo.gl/EKnuEa

Antara laporan terbaik dan kandungan yang sepatutnya patut dijual!

ikhlas,
Salwa Hamzah


Translate